Wednesday, December 5, 2012

Pesta Konvo

Lepas habis espiyem ni busy kemain mengalahkan perdana menteri. lepas habis espiyem je terus balik kampung dan bertapa dekat sana seminggu. memang seronok tak terkata lah. terkena pulak masa musim durian, perhhh memang terbaik ah. nak cakap buah durian tu, bersepah dekat rumah atok aku. main campak campak je. heaven gila bagi hantu durian tapi nasib baik aku bukan hantu durian. kurang ah sikit heaven dia tu. okay lepastu aku nak cerita aku pergi konvo yang superb best. Satu dekat unisza and one more dekat uitm. Keseronokan dia macam seronok sangat je. Haha faham tak ayat aku ni?
durianssszzz. muak do aku tengok.

pakcik gua yang konvo dekat unisza terengganu



auditorium dia kemain besaq weh.  

disebabkan aku jadi jurugambar tak berbayar, dorang bagi mandat 
dekat aku untuk masuk dalam auditorium.

lautan manusia dekat luar auditorium 

find me...

congratulation! you've received your degree.


and this is the another convo which was held at uitm






le me lulz









So itu jelah gambo yang ado. i have to go. busy memanjang padel ni. bye



Tuesday, November 27, 2012

Its Over!

Assalamualaikum,

"WOI ITS OVER WOI!" "APA YANG OVER WOI?" "SPM LAH MAKCIK" ini ayat yang keluar dari mulut aku tadi semasa aku mengadakan perbincangan dengan makcik aku. Skema nya ayat. Lama siaa tak update blog ni. Rindu nak express mah feeling here. Acah acah ayat pompuan blogger.

Nak dekat senulan woi tak bukak blog ni. Takde lah lama sangat sebulan tu. Rasa macam baru semalam start exam. Nak citer ni. Nak dengar tak? Haa nak dengar diam. Seminggu sebelum exam, aku hampir mati. Mata kena infection virus ayam goreng. Habis berair mata aku. Aku rasa masa tu aku setiap masa aku nangis. Macam baru putus cinta. Cewahhh haha

Brand new eye *katanya

Since SPM was over, aku ingat nak tidur sehari suntuk. Tapi nanti kalau aku tidur tak bangun bangun dah, tolong maafkan dosa aku eh. Aku hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kutukan biasa ataupun luar biasa.. Eh macam familiar je ayat ni kan. Hahahahahahaha sorry if aku banyak gelak. Happy sangat SPM dah habis. Tapi lepas ni mesti aku rindu sekolah. Haihh ni lah part yang aku tak suka.

I have nothing to say dah. Aku expect lepas sebulan, banyak yang aku nak tulis tapi sebaliknya. Akhirul kalam, kurangkan kontroversi tinggkatkan immunity. Assalamualaikum.

Wednesday, October 17, 2012

Last Update

Assalamualaikum,

Lama aku meninggalkan dunia blog ni sendirian tanpa di updates. Pehh skema sia. Actually,aku busy gila. Ni pun curi masa tidur sikit nak update blog ni. Sila terharu. Okay dah, Ass Pee Emm lagi berapa hari? 16 hari. What?! 16 hari. Lama lagi. Lek lu, shisha dulu, karaoke dulu, wayang ke. Haha defak. Now ni tengah dalam proses pecutan terakhir. Cehh nama cam gempak 'Pecutan Terakhir' tapi idok senanya. Gempak sikit kot sebab cikgu pun dah start bagi module gila banyak nak arwah lepastu kena siapkan dalam sehari. Sumpah best. Best sebab apa? Fikir sendiri.

SPM pun belum start lagi aku dah fikir apa nak buat lepas habis paper last nanti, paper Biology. Lepas tu heaven dah hidup. Buku boleh jual lelong. Siapa nak, boleh mai contact aku. Tapi nanti lah, lepas November 27. Aku bagi harga murah punya. 70 percent less than in the bookstore. Buku tiptop baru beli tahun ni. Start belek 2,3 bulan lepas. Memang comey lagi ah buku tu. Siapa yang berminat boleh contact 017-paaadel. Eh tetibe promote jualan. Sorry lah. Tengah berlatih nak jadi promoter lepas SPM nanti. Miahahahagaga

Paper aku habis pada hari Selasa 27 November bersamaan 13 Zulhijjah. Kepada yang ambik TK,LK,Geo and sport science sila jealous. Tidak terlupa juga kepada penghuni Teknik dan Vokasional. Kahkahkah. Bulan dobelas tu aku dah enjoy karaoke, wayang, vacation dengan member kononnya. Vacation dengan member tu since PMR lagi dah plan tapi cam vangang sebab plan nak gempak je tapi duit takde. Cibs apa en.

Sedar tak sedar dah pukul 12.30 pagi. Kalau nak tulis je sampai subuh nanti tak siap. Aku stop dekat sini dulu. Entah bila lepas ni aku nak update lagi. Ni yang terakhir kot before exam. Lepas exam nanti tiap tiap hari aku update sampai orang jemu nak baca blog ni. Okay bye bye.

Ya Allah permudahkanlah penulis blog ni menjawab peperiksaan SPM nanti dengan tenang. Berikan lah dia petunjuk dan hidayahMu. Aminn

Terima kasih lah dah doakan aku. Kalau ikhlas dapat pahala. Cukup 40 orang baca doa tu insya-Allah makbul. Terima kasih terima kasih terima kasih. Assalamualaikum bi khair.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...