Monday, July 30, 2012

Seluar/Kain labuh batal solat?

Assalamulaikum,

Entry ni khas untuk kaum Adam. Kaum Hawa pu boleh sebenarnya. Nanti senang nak nasihat dekat suami, anak, pakwe, ayah, atok, ayah mentua dan pakcik.
Persoalannya sekarang ni boleh tak solat dengan seluar atau kain di bawah mata kaki? Mata kaki tu buku lali. Biasa lah orang dulu dulu, suka dia je nak bubuh nama apa.
Dalam Islam masalah ni dipanggil Isbal.


“Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ketika ada seorang lelaki yang solat dengan mengenakan pakaian secara Isbal, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepadanya, “Pergilah dan ambillah wudhu’!” Lelaki itu pun pergi dan berwudhu’ semula. Kemudian dia kembali datang dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kembali berkata, “Pergilah dan ambillah wudhu’!” Ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, mengapa kamu menyuruhnya mengambil wudhu’ semula?” Dia (Rasulullah) diam untuk beberapa ketika, kemudian berkata, “Sesungguhnya tadi dia melakukan Solat, sedangkan dia memakai pakaian dengan isbal (melabuhkan pakaiannya melebihi mata kakinya (buku lali)). Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang lelaki yang memakai pakaian dengan isbal.” (Hadis Riwayat abu Daud di dalam kitab as-Sholah, bab al-isbaal fii as-Sholah, 1/172, no. 638. Juga di dalam Kitab al-Libas, bab maa jaa’a fii isbal fii as-Sholah, 4/57, no. 4086. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/67, an-Nasaa’i di dalam Kitab as-Sunan al-Kubra di dalam kitab az-Ziinah)

Imam an-Nawawi berkata tentang hadis ini di dalam kitabnya Riyadhus Sholiheen, no. 795, dan juga di dalam al-majmuu’, 3/178 & 4/457: Hadis ini darjatnya sahih menepati syarat imam Muslim.

Pernyataan yang sama juga (tentang hadis tersebut) dari imam adz-Dzahabi di dalam al-kabaair, hal. 172, di dalam perbahasan al-Kabiiratul Tsaaniyah wa al-Khamsiin: Isbaal al-Izaar Ta’azzuzan wa Nahwahu.


Penjelasan


Syaikh Ahmad Syakir menjelaskan bahawa ianya boleh menjadi dalil yang kuat bahawa batalnya solat seseorang yang musbil (yang melakukan isbal) ketika mengerjakannya dengan perasaan sombong. (Rujuk: Tahqiq Syaikh Ahmad Syakir di dalam al-Muhalla, 4/102, karya Ibnu Hazm)

Ibn al-Qayyim menjelaskan berkenaan hadis ini, “Pengertian yang dapat diambil dari hadis ini (wallahu a’lam) bahawa memakai pakaian dengan isbal adalah maksiat. Dan setiap orang yang terjerumus di dalam perbuatan maksiat, maka dia akan diperintahkan untuk mengambil wudhu’ dan solat. Kerana sesungguhnya berwudhu’ itu dapat memadamkan api maksiat.” (at-Tahdziib ‘alaa Sunan Abi Daud, 4/150)

Isbal terjadi apabila pakaian yang dipakai oleh seseorang itu dilabuhkan dari atas ke bawah sehingga melebihi mata kaki (buku lali) si pemakai. Adapun pakaian seperti stokin, khuf, atau yang seumpamanya, maka ia tidak termasuk dalam kategori pakaian yang boleh mengakibatkan isbal.

Menurut Syaikh al-Islam ibnu Taimiyah, “Isbal boleh terjadi tanpa mengira pakaian sama ada dengan jubah, seluar, atau kain.” (Majmuu’ al-fataawaa, 22/133)

Hukum isbal secara umum adalah haram walaupun di sana ada beberapa perbahasan yang agak panjang. Namun, kesimpulannya adalah menjurus kepada haram berdasarkan sekian banyak hadis-hadis yang sahih mengenainya. Antaranya adalah,

1 - “Pakaian yang melebihi kedua mata kaki, maka pelakunya di dalam neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas. An-Nasaa’i di dalam kitab az-Ziinah)

2 - Dari ‘Amr bin asy-Syarid, beliau berkata, “Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat laki-laki yang menjulurkan pakaiannya sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas untuk mendekatinya (dengan berlari-lari anak) menuju laki-laki tersebut. Beliau pun menegurnya, “Angkatlah kain mu dan bertakwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”. Maka laki-laki itu pun berkata, “Aku seorang yang memiliki kaki bengkok dan kedua lutut ku saling tidak stabil ketika berjalan”. Ternyata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tetap menyatakan, “Angkatlah kain mu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah adalah baik”. Maka, setelah kejadian tersebut, tidaklah kelihatan laki-laki tersebut melainkan dengan kainnya sentiasa terangkat sehingga ke tengah-tengah betisnya atau di bawah sedikit.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/390. Juga dinyatakan Sahih oleh Syaikh al-Albani di dalam ash-Shahihah)

3 – “Berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan isbal, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4084. Turut Disahihkan oleh Syaikh al-albani di dalam ash-Shahihah, no. 770)

4 – Dari Ibnu Umar dia berkata, “Aku pernah melewati Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba kain ku melurut turut ke bawah dengan sendirinya sedikit demi sedikit tanpa sengaja. Maka, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata, “Wahai Abdullah, angkatlah kain mu?” Lalu aku pun segera mengangkatnya. Kemudian beliau bersabda lagi, “Tinggikan lagi!” Maka aku pun menaikkannya lagi. Dan setelah kejadian itu, aku pun sentiasa menjaga keadaan kain ku. Lalu, sebahagian orang ada bertanya, “Sampai di mana?” “Sehingga pertengahan betis”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 2086)

Telah banyak tersebar dan diketahui secara umum bahawa di sana begitu ramai sekali kaum lelaki yang gemar melabuhkan pakaiannya sehingga menyentuh tanah atau melabuhkannya dengan melepasi paras mata kaki (buku lali), namun berlaku sebaliknya pula kepada kaum wanita di mana mereka pula banyak berpakaian seakan-akan tidak cukup kain. Iaitu dengan mendedahkan aurat kepalanya (tidak bertudung), memakai pakaian ketat dan malah memendekkan kainnya atau seluarnya sehingga tersingkap betis-betis mereka.

Bukankah ini sudah menunjukkan suatu perkara yang terbalik sebagaimana yang dikehendaki oleh syari’at? Di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan agar kaum lelaki supaya tidak ber-isbal (tidak melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali), dan memerintahkan agar kaum wanitanya melabuhkan kain sehingga sejengkal melebihi buku lali.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya, “Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?” Baginda pun menyatakan: Kalau mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari tengah-tengah betis). Ia berkata, “Sesungguhnya jika seperti itu (hanya sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap”. Baginda menjelaskan, “Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari itu”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa’i, 8/209, no. 5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad, 2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani di dalam al-Mushannafnya 11/82. Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)

Di dalam suatu hadis, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, beliau menjelaskan, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita, begitu juga dengan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melaknat seorang lelaki yang mengenakan pakaian wanita, begitu juga dengan wanita yang mengenakan pakaian lelaki.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 4098)

Dari Khorosyah bin al-Hurr, dia berkata, “Aku melihat ‘Umar al-Khathtab, dan ketika itu ada seorang pemuda yang mengisbalkan pakaiannya sehingga menyentuh ke tanah. Maka beliau pun memanggilnya dan bertanya kepadanya, “Adakah engkau datang haid tadi?” Lelaki itu pun bertanya kembali kepada ‘Umar, “Wahai Amirul Mukminin, adakah lelaki juga datang haid?” Maka ‘Umar pun bertanya lagi, “Jika begitu, mengapa engkau melabuhkan pakaianmu sehingga ke tapak kakimu (yang menunjukkan perbuatan melabuhkan pakaian adalah khusus untuk wanita - penulis)?” Setelah itu, beliau meminta sebilah pisau dan kemudian beliau pun mengumpulkan hujung pakaian pemuda tadi (yang dilabuhkan) lalu memotong bahagian yang labuh melebihi mata kaki.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, 8/293 dengan sanad yang sahih)

Kesimpulannya

Budak zaman sekarang ada tak ciri ciri macam tu? Jangan tipu lah kalau tak pernah nampak. Dah mainstream sangat. Kesimpulannya hukum Isbal bagi lelaki adalah HARAM. Apalagi kalau kau pakai masa solat. Takut solat tak diterima Allah je. Kalau Allah tak terima solat maka neraka lah jawapannya.

Renung renungkan lah.

Saturday, July 28, 2012

Random

Assalamualaikum

Now dah hari kelapan kita berpuasa. Rasa macam dah sebulan gamaknya. Lulz 
Ntah tak tahu kenapa bulan puasa ni aku jadi malas nak baca buku apalagi buat homework. Rutin hidup aku bangun pagi, sahur lepastu tidur balik kejap *10 minute pun jadi then mandi, pergi sekolah, balik sekolah. Petang memang tak sah kalau tak tidur even short nap 30 minute. Lepas berbuka, lepak kejap tengok tibi ke apa ke lepastu pergi tarawih. Balik tarawih terus tidur sebab esok nak bangun sahur awal. Kononya tapi tak bangun awal jugak. Agak agak dah tinggal 10 minute nak subuh baru lah mata ni boleh terbuka sepet. 

Aku mengaku aku ni jenis yang sangat rajin. Rajin macam semut. Tengok lah, kasut aku. Bersih bukan? Say yes or i'll kill you! Muahahaha *evil laugh


Dah ah. Aku malas nak riak dengan kerajinan diri aku ni. Sekian Assalamualaikum. Hewhew

Wednesday, July 25, 2012

Shahir - Aku Yang Berdosa Lirik

Assalamualaikum,

Tadi aku cari dekat Google lirik lagu ni tapi semua tak lengkap. So aku cari dekat Youtube then jumpa. Dengan penuh semangat aku pun salin balik lirik lagu tu just for uolls, my readers.
Bulan puasa ni kita dekatkan lah diri dengan Allah, lagu ni salah satunya. Okay aku malas nak membebel banyak banyak. Here's le lyrics.

Sejauh mana langkah ku disana,
aku melupakan mu,
Seluas mana,
kau beri padaku,
masih ku angkuh padamu,


Segalanya dusta, 
gelap mengaburiku, 
Ya Allah apa yang bisa 
tebus kepadamu, 
atas dosaku,


Ya Allah hina terasa,
Biar ku bersujud,
Untuk ke syurga Mu,



Segalanya dusta, 
gelap mengaburiku, 
Ya Allah apa yang bisa 
tebus kepadamu, 
atas dosaku,



Ya Allah hina terasa,
Biar ku bersujud,
Untuk ke syurga Mu.





Monday, July 23, 2012

Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum,

Sorry sebab aku postpone post yang sepatutnya aku update petang Sabtu lepas. Balik tuition ingat nak pergi bazaar tapi tak jadi sebab jalan sangatlah jem. Jalan 50 meter macam 50 kilometer. Boleh bayangkan? So aku pergi petang semalam. Ingat nak update terus tapi eden busy. Busy bertarawih. Aku kan rajin :3 Hewhew

Here we go. Anda disarankan untuk standby towel sebab anda mungkin akan terliur dengan gambar dibawah. Biasalah dah petang kan? Aku saja je nak update petang. Haha

Fuhhh eden yang update blog ni pun dah terliur.

Kuih yang pelik pelik selalu muncul dalam bulan Ramadhan. 

Nampak menyelerakan bukan?

Air bermacam warna bermacam perisa bermacam macam. Eh

Okay ah. Tu je. Kalau letak gambar lagi korang ter-ambik air ter-minum kan susah eden. Tak pasal pasal tambah dosa free. Bye 


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum,

Lama jugak aku tinggalkan blog ni. Macam dah setahun. Okay nampak tak hiperbola disitu?
Today is the first day of Ramadhan. Excited nye iolls ni. Now baru pukul 12.55 but aku dah plan apa yang nak beli nanti dekat bazaar ramadhan. Muahahaha. Tapi bagus lah first day Ramadhan hari Sabtu, kalau hari sekolah? Tak tahu lah aku nak cakap apa.
Ehem, dalam bulan yang mulia ini kita seharusnya memperbanyakkan ibadah dan sedekah. Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda pada bulan Ramadhan ni daripada bulan bulan yang lain. Cewahh, ayat aku ada macam ustaz tak? Tapi apa yang aku cakap tu betul la. 
Tetiba teringat pasal SPM. Ada 107 hari je lagi. Lama bukan? Kalau tolak dengan tidur, makan, mandi, berak, berangan, tengok phone tinggal berapa hari je lagi. Ni pulak bulan puasa "lapar" selalu dijadikan alasan untuk malas nak study. Erghh.
Okay iolls nak pergi tuition. Petang nanti iolls post entry pasal makanan berbuka pulak. Biar uolls terliur esok. Haha jahat siot mulut aku ni. Okay bye. Semoga puasa uolls diterima oleh Allah. Aminn :)

Thursday, July 12, 2012

Poyo

Kononya dah deactive pesbuk dengan twitter boleh concentrate on my study like students at boarding school but hampeh! Selama aku deactivate pesbuk dengan twitter, aku hidup bercelaru. News paper kena beli setiap hari. Malam tidur awal dengan harapan akan bangun awal pagi nak study tapi bangun pukul 6 jugak. Like what i've told you, nafsu tidur aku lagi kuat daripada nafsu makan. So demi mengembalikan routine hidup aku yang normal aku pun terpaksa meng-activate kembali account account social network aku. Cehh macam banyak je account tapi lebih daripada satu tu kira banyak lah kannnnn?

sekian terima kasih

Hibernasi

Assalamualaikum

Tadi aku pergi sekolah macam biasa dengan harapan dapat belajar sampai balik. Biasa lah aku kan rajin. Cewah! Rajin tidur senanya. Seriously aku memang tak boleh nak lawan nafsu tidur. Macam kalau tidur tu dapat duit sepuloh juta. Hiperbola bukan? Okay kembali kepada cerita asal, lepas aku datang sekolah, aku pun memulakan operasi aku untuk mengacau member member ku yang sedang hibernasi di waktu pagi. Aku rasa bosan lalu aku pun ter-hibernasi bersama dengan mereka. Akhirnya, aku hanya belajar satu mata pelajaran yang sangat senang iaitu matematik tambahan. Sangatlah hampa perasaanku ini.

Bye

Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban (4 July 2012)



Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. (wikipedia)




Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Antara amalan-amalan yang digalakkan ialah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
  • Bertaubat

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.




Deactivate My Twitter And Facebook

Assalamualaikum,

Fewwwwww. Baca tajuk pun dah tahu apa entry kali ni. Yeah, aku dah deactive acc muka buku dan burung ku. Eh. Twitter i mean. Kenapa? Sudah tentulah sebab eSPieM. Lulz. Gua takut betul lah. Result PPT gua dah la teruk gila nak meninggal. Kalau gua terus nak tweet, usha gambar orang dekat muka buku yang macam pelakon hantu pontianak mati anak, habis lah gua. Trial lagi sebulan. Lama lagi tu. (No sarcasm) eSPieM lagi 3 bulan. Pehh lama gilaaaaaaaaaaa. Pejam celik pejam celik still tak sampai lagi. Tak caya cuba try pejam celik pejam celik. Gua tak tipu, memang lama gila. At least kalau gua deactive muka buku dengan twitter gua, gua boleh lah concentrate on my study. Kononnya tapi still usha blog blog perempuan cun cun macam Fatin Liyana, Amirah Filzah, Sarahqiza,........... actually kalau nak tulis semua memang tak cukup satu entry. Takdapat usha orang, usha blog pun jadi lah. Hewhew. Pasni dah takda twitter and fb memang gua update blog setiap minggu atau mungkin setiap hari. Haha.

Bye bye bye bye Twitter. I'll back soon.

Muka buku. I won't back ahahahha 

Nampaknya sampai disini sajalah entry gua. Gua nak mandi, solat, makan makan makan dan jogging. Haaa gua sekarang memang banyak makan macam Giant tapi gua still maintain slim. Nak tahu rahsia? Tunggu episode seterusnya.............

P/S: Tolong doakan aku sihat. Peace Yo (Y)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...