Tuesday, January 15, 2013

Random

Assalamualaikum and hi

Semalam gua ada try buat telur setengah masak. first try biasa lah, tak jadi. second try baru jadi. yang first try tu mula mula gua tengok macam telur tak masak pun ada tapi senanya masak. macam kaf lam ya nga sikit kan ayat gua. biasa lah, budak baru belajar.

nak tengok gambar telur separuh masak yang gua buat? ni dia.


Ni first try gua, serious mcm tak jadi tp nasib baik sedap.


Ni pulak yg kedua. Nampak menyelerakan bukan anak anak?


Dari sini gua boleh simpulkan yang tak semestinya bila kita tak berjaya kita akan berjaya selamanya. Selalunya first try akan kurang jadi dari apa yang diharapkan.

Okay dah tinggal cerita pasal telur dekat sini, now gua nak cerita pasal petang tu gua masak ayam crispy dari Ayamas. Lulz formal gila ayat. Okay. Kali ni gua punya ayam terbaik bohh. Hitam gituw. Nak tengok lagi?

Bila gua tengok balik, macam batu pun ada kan? -_________-

Lepastu gua makan ayam batu tu, gua pun pergi matrik banting untuk training budak squasy. Budak yang gua train tu semua budak SMS Banting. Diorang memang tak pernah main before this gamaknya. Kaku kemain. Tapi nasib baik gua orang yang penyabar lagi penyayang. Diorang main mcm hanjing pun gua senyum je. Padahal dalam hati rasa mcm nak ketuk je kepala dengan racket ni.


Tapi bukan semua la tak tahu main. Ada jugak yang boleh lah gua layan sampai 4,5 mata. Malam ni gua ada lagi training dgn budak lelaki pulak. Kali ni utk pemilihan utk ke peringkat Selangor.

Okay lah gua nak mandi, solat, beradu. babai ;)

Sunday, January 13, 2013

Pengalaman Baru

Assalamualaikum and hi

Lama gua tak update blog ni. Kalau gua update pun bukan ada yang nak baca. So buat apa gua update kan? *lagu sedih dimainkan* lulz

Harini gua belajar benda baru yang gua tak pernah buat ni. Nak tau apa? Gua belajar......................masak! hahaha sound weirdo but peduli hape gua. Blog gua. Harini gua berlajar masak sayur kacang buncis kot ((sebab ada kacang buncis dalam sayur tu)) and ketam masa cili kot ((sebab ada cili dekat ketam tu)). Sorry lah gua memang tak tahu apa nama makanan tu. Gua tau makan je. Apa yang penting kenyang.

Okay first, mak gua suruh gua potong kacang buncis tu. Lepastu gua potong la ikut kepala lutut gua. Gua potong dalam setengah inci. Lepastu mak gua nampak, dia pelik lalu dia kata "Hancur kacang buncis tu potong! Potong panjang lah sikit" lepastu gua balas "Kalau panjang acane nak makan?" lalu mak gua menjawab "makan telan jelah" facepalm gua sebentar. So moral of the story, korang jangan lah jadi manusia yang tak reti masak. Rajin rajinkan lah jenguk mak ke, bibik ke dekat dapur tu. Kang nanti lepas kahwin mak mertua suruh siang ikan, kau pergi potong ikan. Kan susah. Tak pasal pasal kena bebelan maut dr orang tua. Gua sebenarnya dedicate ni to my gf. Harap dia baca.


Okay cukup hancur tak? Agak agak ada bakat masuk masterchef tak? :P


So inil ah hasilnya.


Tapi gua lupa bagitau korang yang gua ni tak suka makan ketam. Leceh bohh. Cengkerang kemain besar tapi isi ciput macam siput sedut.

Bye.


Monday, January 7, 2013

Happy New Year

Assalamualaikum and hi

Happy Belated New Year gais! Not so late kan? Kejap je dah 6 haribulan. Rasa macam baru semalam tengok bunga api. Dah dekat seminggu gua membisu tanpa sebarang berita. Dulu sebelum new year kemain update tiap hari, now nak login pun malas noks. Azam tahun baru gua nak kurangkan update blog. Okay kan? Baru lah korang rindu aku nanti. *ayat cliche :P

Jumaat minggu lepas gua pergi bertapa dekat muar for a few days sebab mula mula nenek gua masuk hospital so gua ingat nak pergi jenguk tapi bila sampai sana dia dah ada dekat rumah. So gua pun melawat dekat rumah je. Muar ni gua tak habis explore lagi. 1/3 pun belum habis lagi. Masa tak cukup. Cuba kalau bagi gua seminggu dua, confirm gua hafal selok belok setiap lorong dekat daerah muar ni.

Gua dekat sana tidur dekat rumah makcik gua. Kucing dekat rumah dia comel gila gila gila. 

Berebut susu. Sumpah comel yang teramat.









yang ni bulu dia masyaAllah, tebal gila plus lembut macam bantal

By the way, tahniah Yuna aka Aizat sebab menang AJL and Azlan dan mesin taip and Hafiz, tahniah. Hafiz rambut dah tak awan nano dah. Lulz hilang ah trademark rambut dia.

Okay dah malam ni. Esok nak kerja. Bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...