Friday, December 30, 2011

Wordless

Assalamualaikum, lama tak update blog ni kan? Almost a month. Takda lah lama sangat sebenarnya. Okay i have nothing to say just wanna wish Happy New Year to all the readers. Azam baru 2012? Takde? Bagus. I have one. Nak tahu apa? Online 2 kali je seminggu. InsyaAllah boleh. Next year, i sit an exam, SPM. Woahh, SPM tu woi! Hahaha tu pasal kena online 2 kali je seminggu. Tak boleh bayangkan macam mana rupa aku nanti -.- Ketagih Twitter bukan ketagih dadah. Haha Ya Allah sikitnya aku post entry ni kan. Tapi seriously aku tak tahu nak tulis apa dah. InsyaAllah dalam minggu ni lagi i'll post one or two more entry. Don't worry, i know you miss my writing so much right? Hahaha okay *perasan.
Okay bye. Eh wait i have a song for you. I got to go go go go go go go. lol


Last word, don't worry be happy :)

Tuesday, December 6, 2011

Goodbye Facebook and Twitter (temporary)

Assalamualaikum hey hi hello. From now, no more facebook, no more twitter. I'll miss all my followers. Act sekejap aku deactive twitter. Twitter dah banyak ajar aku tentang hidup ni. Facebook? Aku tak kisah sangat sebab tak sepenting twitter. Ni semua sebab Miyyo ada kat trending twitter. Aku bet kalau dia ada kat trending aku akan deactive twitter aku. Haha i need to fulfill my promise right? Now i do it :) I'll be back tomorrow. Facebook? Aku akan active balik lepas aku dah puas dengan Twitter hehe.

Dah lama aku tak update blog ni kan? Almost 3 weeks -.- Busy jaga anak kucing lah kebelakangan ni. Cehh haha. Anak kucing #punboleh. Esok nak hantar ayah aku pergi airport. Untunglah pergi Kuching tak ajak :( Hahaha nak touching pulak aku ni. Lempang sikit muka aku ni lol

Aku act tengah bad mood lepas Atillah merepek taik kucing cakap kat aku nak break -.- Aku rasa macam nak cubit je pipi dia kuat kuat tapi sebab aku ni ada hati dan perasaan, aku pun sabar je lah. Perempuan oh perempuan. Susah nak faham mereka ni tapi kalau sekali dah faham memang senang nak faham mereka ni. Eh? Kau mesti tak faham ayat aku kan? Hahahaha faham fahamkan je lah.


Okay aku nak pergi cuci kucing. Eh basuh kucing :p Tadi masa aku tanya pakcik google pasal "Goodbye Twitter" dia bagi aku ni

Dengar je lah even suara dia macam tahi. 

Bye, Assalamualaikum :) Kalau panjang umur aku ni, aku update lagi okay :)

Friday, November 25, 2011

Life

Assalamualaikum! Okay Malaysia menang kan? Haa so ramalan nujum tu salah la kan. Kan aku dah cakap kita tak boleh nak percaya sangat dengan diorang(nujum) ni. Okay aku speechless bila tengok Malaysia menang. Tak boleh nak update blog sebab mase tu otak tengah excited sangat. Bila dah excited sangat nanti mula lah nak update semua benda yang ada kat kepala aku ni. So aku tunggu lah sampai sekarang. Hahaha tipu je semua tu lah :P Actually, hari lepas je game final Malaysia Vs Indonesia ingatkan nak terus update blog.  Semangat #HarimauMalaya lah katakan. Lepas dah menang tu tweet tweet dulu, pergi bash orang 1nD0n kat Twitter sampai lupa nak update blog ni. Haha sumpah lawak do diorang. Lepas tu aku pun terus tidur dengan nyenyak sebab Malaysia menang. Hehehe

Then ingat nak update hari Selasa tapi hari selasa pun lupa sebab nak packing barang untuk balik kampung. Ingatkan nak balik kampung dalam 5-6 hari rupa-rupanya 2 hari je. Hampeh. -.- Bila dah kemas tu aku pun tweet tweet dengan kawan jap sampai lah terlupa lagi nak update blog. Hari khamis balik rumah semula dengan muka penat sebab esoknya nak pergi Melaka. Life -.- Sampai rumah pukul 9.00 malam terus tidur sebab penat gila eff. Okay act sebelum tidur tu sempat lagi tweet tweet sekejap sampai pukul 12 kot. Hahaha twitter controlled my life lately. 

Okay bila dah balik dari Melaka baru lah sempat nak update blog. Hee suka tak suka tak? LOL *monolog* Okay lah bye. I've no mood. Asssalamualaikum 

Pss: Terima Kasih sebab tunggu entry ni :)

Aummmmmmm ;D
Eh macam ni ke bunyi harimau? LOL pape je lah




Monday, November 21, 2011

Cuti dengan Malaysia

Assalamualaikum. Cuti sekolah dah start and aku tak tahu nak buat apa kat rumah. Nak keluar tapi tadaq pitis. Tahu tak pitis tu apa? Pitis tu duit. So aku duduk rumah macam biasa la, bukak tibi, makan nasik, solat, mandi, tidoq and tweet tweet. Best kan rutin kehidupan aku? -.-

*beep beep* Eh jap henpon bunyi. Awek text. Cehh haha.

Oh bukan, kawan aku txt ajak keluar. Disebabkan takde duit aku pun tak lah keluar. Erghh, stress do hidup takde duit. Nak kerja tapi malas nak kena bangun awal, pakai uniform kerja -.- aku ni memang jenis yang tak suka ikut peraturan sangat (sometime). Lepas tu aku pun lakukan rutin harian aku. You know what, cuti baru 3 hari dah macam 3 tahun. Lifeless gila hidup aku.

Oh yeah, malam ni Malaysia lawan Indonesia buat kali yang kedua. *aku kekadang suka cakap bahasa baku* Mase tu Indonesia dah kalah dengan Malaysia 1-0. Ramai ahli nujum yang cakap kali ni Indonesia menang -.- Tapi kita tak boleh percaya sangat benda tahyul tu. Tapi apa yang penting? Kerjasama *lagu wonderpet* -.-Bukan! Yang penting kita kena support team Malaysia! MALAYSIA BOLEH!! Semangat sikit. Ni baca blog orang pun macam malas je. Hahaha semangat patriotik. Eh ada kena mengena ke? lol. Pape pun kita tunggu malam ni, baru boleh tahu siapa yang paling hebat daripada yang terhebat.  Gempak tak ayat aku?  ◕‿‿◕
Hehe.

Okay lah, wait for my next update. Tunggu tau! Tak tunggu aku tumbok muka kau macam ni ( ̄ε(# ̄)☆((O==( ̄▽ ̄)o  Hahaha nak? Har tunggu. Kalau panjang umur lagi la :) Kalau tak kita jumpa kat akhirat. Bye, assalamualaikum


Friday, November 11, 2011

11.11.11 nothing special this day

Assalamualaikum kalian semua. Eh terpengaruh cerita Nada Cinta la ni. So, hows your day going? Isn't great on a great date? Honestly i'm not. Dari pagi tak buat apa apa sampai sekarang 11.02 pm. Sekejap lagi 11.11pm on 11.11.11! Wohooo! Cehh terlebih excited pulak. Takde topic nak cakap dah. So enjoy the rest of this "miracle" day. Once in 100 years. eh yeke? Entah lah. Korang check la sendiri. Okay bye bye. Goodnight

Wednesday, November 9, 2011

Soalan Bocor SPM BM 1 & 2

Nak soalan bocor? Malam isnin nanti aku bagi. Nak bagi sekarang? Mana boleh. Haihh korang ni, nak soalan bocor je. Cubalah usaha sendiri. Nak berjaya bukan senang tau? Kena usaha, bak kata nenek moyang aku "usaha tanggan kejayaan". So usahalah. Jangan nak harapkan soalan bocor. Kalau korang dapat A+ sekalipun tapi tak jujur tak guna. Nanti susah nak berjaya dalam hidup. Percayalah. Anyway goodluck for your SPM. Do the best. Believe that you can do it. Okay bye bye. Pergi sambung study.

Wordless Wednesday

Assalamualaikum. Korang pernah makan sate? Mesti pernah kan. Selalunya kalau makan sate mesti ada timun. Memanglah kan takkan ada jagung pulak. Okay korang tahu apa fungsi timun tu? Korang ingat timun tu buat perhiasan ke kat sate tu? Anda salah kalau anda berfikiran begitu. LOL baku nya ayat. Haha

Actually, timun tu ada fungsinya. Kalau korang makan sate jangan lupa makan timun tu sekali even rasa timun tu tak berapa sedap. Korang kena makan timun tu sebab sate mempunyai karbon dari hasil pembakaran arang yang dapat menyebabkan kanser iaitu zat Karsinogen. Wow! Kanser tu. Takut tak takut tak? Hehe

Disebabkan itu, kita dinasihatkan makan timun selepas makan sate kerana timun mempunyai anti-Karsinogen. Jadi makan lah timun di tepi sate anda itu kalau tak nak hidup menderita. LOL apehal baku sangat ni xD Tapi apa yang penting, makan timun kalau makan sate. Fakta tau ni. Bukan main main.

Thursday, November 3, 2011

Exam Is Over

Assalamualaikum!! Hah exited sikit sebab exam dah habis. Wohoo! Yang tak habis lagi tu sabar je lah okay :D Lama tak update blog kan? Mesti korang rindu kat aku. LOL *perasaan. Paper last dengan paper kedua last lah yang paling susah. Nak tau paper apa? SIVIK dengan PJK. Paper tu maksud dia kertas exam. Aku tahu korang tak berapa pandai BI. Tapi aku nak jugak tulis BI. Tak kira! Muahaha


Lepas ni aku nak tweet 24/7. You know what Twitter is fucking addictive. Kalah syabu, ganja dan apa ntah yang lain. Aku tak tahu yang lain sebab aku tak hisap dadah. Hisap susu kambing je ada lah. LOL jk. Tapi okay what susu kambing. Banyak khasiat, baru kuat badan macam Undertaker. Eh? Tu gemuk bukan kuat. Sorry. Kenal tak Undertaker siapa? Alahh pelakon KL Gangster tu? Search lah kat google kalau tak tahu. Eh Pak Cik Google. Google knows everything except my secrets. Eh? Aku tulis BI lah. Paham tak? Hahaha.


Sorry guys entry ni merepek sikit. Janganlah terasa okay? Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah mati. Eh? Meniggal dunia bukan mati. Mati tu macam dah kasar sangat. Kalau y'olls terasa pun peduli apa aku? Cehh ayat aku ada macam retis tak? :P LOL Okay dah! Aku tak boleh nak stop menaip pulak. Banyak nye idea kat otak aku ni. Budak genius lah katakan. Hahaha *perasan lagi. Okay STOP! Bye bye xoxo.

Psst:/Huh baru lah boleh stop :D

Sunday, October 30, 2011

Macam mana nak tengok mention orang lain kat Twitter via web

Assalamualaikum pembaca.*Nak buat macam upin ipin tapi fail* Hari ni aku update dua entry. Wohooo. Terer tak? Okay diam. Kembali kepada topic. Acane nak tengok siapa yang mention crush korang kat twitter. Easy as kick a butt. lol

Okay first tulis nama crush korang. Macam gambar kat bawah.

Haaa, nampak? Kalau tak nampak tu buat buat nampak je lah. Lepas dah letak username tekan enter. Tak tahu macam mana nak tekan enter? Google it. Lepas tu kau dah boleh nampak. Hahahaha easy ain't? Tak paham? Google translate it. Okay ciau. Last entry from me..........for this week :P


Cuti Dah Habis

Ingat tak previous entry aku? Cuti lagi? Sekarang cuti dah habis. Gosh, I miss the holiday. Sekali sekala nak jugak aku cakap BI. #YouKnowWhat cuti dah habis. Cepat gila blackberry. *Nak cakap b*b* sebenarnya. Esok sekolah kan? Untunglah siapa yang tak sekolah. Eh? ada ke.

Tapi yang penting esok sekolah. Bangun pagi gosok gigi mandi mandi sarapan pagi. lol rhmye. Rhyme tu syair. Tapi apa yang lagi penting esok sekolah. Sekolah sekolah sekolah. Nak kena bangun awal. Lepastu pakai uniform sekolah. #ThingsIHateTheMost pakai uniform sekolah. Okay bye bye. Esok sekolah tahu?!

Monday, October 24, 2011

Cuti Lagi

Hari ni cuti tak sekolah. Memang lah kan ada ke cuti tapi sekolah. Duduk rumah tak tau nak buat apa, jadi aku pun tengok lah tibi. Kesian tibi takde sapa nak tengok dia. Takde channel best la, off tibi. Off tu maksudnya tutup.

Lepas bosan tengok tibi aku pun online facebook, update blog dan baca timeline twitter macam orang ghairah sebulan tak bukak twitter. Takde idea nak update blog lepastu merepek lah macam ni. Jangan lupa bagi makan binatang kat bawah page ni tau. Kalau tak bagi nanti dia mampus. Amanah ni :P

Saturday, October 22, 2011

Diary Seorang Isteri (CONFIRM MENANGIS!)


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....



Source: Informasi.my

Monday, October 17, 2011

Unexpected Holiday

Assalamualaikum pembaca pembaca setia blog saya! Cehh :P Sihat? Hope you guys sihat :) Okay minggu lepas ayah aku tetibe suruh aku bersiap nak pergi holiday. Seriously aku tak tahu pun sebelum ni yang kitorang nak pergi holiday. Mula mula aku tahu nak pergi PD ni bila cousin aku tweet kat aku. Aku bukan tahu dari parent aku or maybe aku yang terlalu "BUSY" dengan buku. Al maklumlah exam week :P Hehe. Tapi holiday ni tak lama sangat lah cuma 2 hari je. Tapi 2 hari tu dah cukup buat aku release tension masa masa exam macam ni.
Actually holiday ni bukan lah holiday sangat sebab ni Hari Keluarga sekolah ayah aku and aku tak baca langsung buku masa holiday ni. Nama pun holiday, tak payah lah nak tension tension baca buku kann? Haha LOL. Tak tahu lah macam mana nanti result Sejarah.

Okay lah aku malas nak cakap banyak just tengok jelah gambar ni :)
 Sea view :) 

 Ni aku tak kenal. Semua kawan ayah aku :P
Ni pun sama. Apa yang dia buat aku pun tak tahu



Ramai gila kan? Setiap minggu memang macam ni kot.

Bangla dengan Pak Lang. Nak number bangla ni? Haha dia sporting kot and pandai berenang. Tak macam aku :P Haha. Jala yang kat bawah ni dia punya lah. 

Ni pulak Pak Long aku :)

Model of the year :P Haha

Ni Pak Teh. Banyak betul "Pak" kan? Ni baru sikit tau. Ada banyak lagi Pak Pak yang lain :P LOL

Night show daripada Red Indian kot. 

Jangan Bermain Dengan Api Kalau Takut Melecur :P #perlibahasa

Last day :)

Actually banyak lagi gambar yang nak upload tapi Internet lembap gila. Kalah siput. Gambar yang awesome sikit aku letak kat flickr aku. Okay thanks guys for reading this entry. Enjoy your day :)

Location: Glory Beach Resort

Monday, October 3, 2011

Six easy ways to earn even after death


Six easy ways to earn even after death 
  • Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
  • Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
  • Participate in building a masjid.
  • Place watercooler in a public place.
  • Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
  • And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain. 
Thanks Fatin Liyana 

Thursday, September 22, 2011

Hey Hi Hello Hola

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Ada macam Najib tak? :p cehh. Korang sihat? Aku selsema maybe sebab sejak kebelakangan ni, pagi mesti hujan bak kata orang melayu "Rain In The Morning" #EhYeke. Kat tempat aku ler. Kat tempat korang tak tahu. Em lama tak update blog ni kan since lepas raya :/ how long? Korang mesti rindu kan? Haha okay joke. Actually nak cakap terima kasih dekat followers twitter and friends facebook sebab dah support aku since aku start nak kenal Twitter and Facebook :D Thank you so much guys!

Nak duit raya? Raya dah nak habis bro *gaya KL Gangster* Err hari ni tak sekolah sebab penat okay bukan saja saja :p Tapi aku rasa macam dah banyak kali aku tak datang sekolah, tapi tak dapat surat amaran pun. Bagusnya sekolah aku ni :3 puji sekolah sendiri #fagg. Haa dah tengok layout baru facebook? Langsung tak ohsem -.- Tolonglah jangan nak tiru Twitter #JustSaying . Dulu Myspace nak tiru Facebook, now Facebook nak tiru Twitter, lepas ni tak tahu lah -.- Cuba kalau stay je layout dulu, mesti ohsem sesangat. Err Nuffnang belum boleh cash out lagi lah :/ Korang boleh tolong klik kat iklan tepi, atas and bawah tak? Kira derma ikhlas lah ni, boleh? If dah terima kasih bebanyak sesangat. Followers Twitter, takyah la korang nak segan segan nak tegur aku. Aku ni bukan Karnivor, so tegur lah okay. Followers macam ramai tapi kekadang sorang pun susah nak tegur aku. Note that ;D Okay lah nak kemas barang :)
Byee
Thanks for reading this entry xoxo

Sunday, September 4, 2011

Raya Raya Raya


Assalamualaikum, So how raya? mesti bosan ken? haha ramai yang cakap macam tu.. Duit raya pun ciput --'
Seminggu aku kat kampung memang best tapi bila time raya terus tak best. Sebab dah tak puasa kot.. Setan semua dah keluar, hantu dimana mana. Err seram ken? Haha merepek je aku ni. First day raya tak pergi mana mana.. Jaga rumah atok. Maklumlah dah besar ken? Kenalah bagi yang kanak kanak ni beraya dulu.. Raya kedua barulah nak beraya tu pun berapa ketul rumah je yang pergi.. Penat melantak :P Raya ketiga pulak ada dinner kat Kuantan lepas tengok game bola. Raya raya pun ada game --' pelik ken? Raya keempat err tak buat apa apa, duduk depan tv buat bodo minum kopi.. Raya kelima balik Banting :) Sampai rumah, semua tak kemas lagi.. Baru nak tidur dah ada orang datang --' So layan jelahh. Lepas dah dapat duit muka dia happy mengalah Mr.Bean. Hahahaha.. Okay penat nak tidur :) Byee


Saja letak gamba ni biar korang taubat :P Hahaha

Monday, August 22, 2011

Kristen Stewart My Sweetheart

Hahaha, tajuk nak gempak ken? Mestilah, kalau tak camne traffic blog nak tinggi.. Ahaha padahal dari dulu memang ciput je orang yang nak singgah blog aku ni.. Sedih sikit lahh tapi nasib baik ada sweetheart aku ni :P Hee..
 Rambut baru meh, bertambah comel lah sweetheart aku ni :P
Muka macam Micheal Jackson --' hilang nafsu aku terus 

Putrajaya

Assalamualaikum, apa habaq?..Hee tetiba jadi orang utara pulak.. Puasa lagi tinggal 10 hari je, walawey sumpah sedih nak tinggalkan puasa ni.. Hee poyo je tu sebenarnya.. Puasa ni selalunya orang buat amal ibadah tapi aku pergi jejalan.. Hahaha mana lagi Alamanda lah..Lepas Alamanda Alamanda then Alamanda..Haihh, lepas tu apa lagi pusing2 keliling Putrajaya lah while tunggu berbuka..Heee :P
Got some photos too :D
 Apa ni hah? Aku cube gugle ni tapi tak dapat 

Bangunan rangka? Haha wtf  

Masjid Besi memang kuat macam besi do, cube korang rasa. Haha 

._. apa ni ? Jumpa dalam pocket :P



Eh, ni gambo lama, tersesat :P


Monday, August 15, 2011

Isnin yang membosankan

Assalamualaikum, sedar tak sedar dah berapa hari dah puasa. Masa pecut laju sangat kann? Tapi bila time balajar, mase tu cume laju sikit daripada siput je --' hampeh. Haihh, exam dah nak dekat. Buku? Satu apa pun tak pegang lagi. Tak habis2 dgn Twitter. Act aku memang tak boleh nak berpisah dgn Twitter. Dah macam girlpreng aku. Heee.
Hari ni memang superb boring, tak pergi sch sebab baru balik dari kampung then sampai rumah pukul 2 pagi. Memang tak bangun aku pagi tadi. Bila dah ada kat rumah ni lama2 mula lah otak aku pening tahap dewa. So ingat nak keluar, tapi puasa lah pulak --'. Now aku dah masuk contest buat vid pasal merdeka. Idea langsung tak lalu kat kepala otak aku. haihh. pfft.
Dah la babai nak tidor, hope ada idea yang nak singgah kat otak aku ni :) haha

Sunday, July 31, 2011

Puasa Oh Puasa

Assalamualaikum, puasa? Tahu puasa tu apa? Puasa tu menahan diri daripada makan atau minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Cehh, aku hafal tahu >.< So, hari ni last day makan and minum masa siang. Melantak lah bebanyak sampai buncit. Hahaha
Okay straight to the point, korang ada tak pengalaman hari pertama puasa? Ni aku nak citer sikit pengalaman aku pada hari pertama puasa dua tahun lepas kot. Maklumlah bila dah puasa mesti balik kampung kan, so sehari  sebelum puasa, aku dgn family aku pun balik lah kampung. Macam biasalah, bila balik kampung ada jelah yang nak beli time kat petrol station uh. so mase bosan menunggu ayah isi minyak sampai penuh, aku pun keluar get some food. 
Dipendekkan cerita, pada keesokan harinya aku pun keluar dengan p.cik aku pergi opis dia naik kereta aku. Masa otw pergi opis dia aku pun teringat yang malam tadi aku ada beli something kat petrol station. Bila aku check dalam kereta, aku pun nampak seketul donut yang tertulis kat situ 'Dunkin Donuts'. Aku pun dgn muka lapar keluarkan isi dalam uh dan dengan  tidak sengaja menelan separuh donut tu. Tetiba aku dengar suara orang menjerit kat aku " Hoi puasa lah!". Aku pun dgn muka terkejut badak (hanya pak cik aku dan Allah saja yang tahu) membuang semua benda yang ada kat mulut aku. Dengan muka yang agak bengang aku pun cakap kat dia "Kenapa bagitahu hari ni puasa? Kalau terlupa kan sah juga puasa. Haih" dengan selamba dia jawab "Abih tu kau nak suruh aku pandang je kau makan sampai terliur? Gitu?". Aku dgn muka tak bersalah buang donut tu kat luar dan cakap kat pak cik aku "Jangan bagitahu mama tahu, nanti saya belanja icecream masa berbuka okayy". Sampai kat rumah kitorang dgn muka selamba terus masuk rumah dan buat hal masing2 sampai lah berbuka. Act sampai sekarang aku tak belanja dia lagi icecream tu sampai dia dah kahwin. Hahaha. So that my story, korang pulak camne? 

Thanks for reading this entry :D 

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban malam pengampunan

Assalamualaikum, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawiSyaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.



Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yg lepas :
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swtmengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)


Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya danmenyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Jadi mari sama-sama kita ikut nasihat Ustaz Rahim : marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam ini untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Monday, July 11, 2011

#BERSIH II

I have no word now ;(


Sunday, July 10, 2011

#Bersih

Perhimpunan yang sangat ohsem. Nak tahu apa motif diorang? Cube tgk video ni



Saturday, July 9, 2011

Photoshot Basikal Aku

Assalamualaikum. Lama tak update blog ni kan? Kinda busy dengan perhimpunan Bersih. Hahaha. Takda lah, memain je. Semalam aku photoshot basikal aku ni yang sudah berumur 6 tahun kot. Basikal ni berjasa kau tahu. Dulu masa sekolah rendah, if nak pergi jalan jalan mesti dengan basikal ni. Berjasa sunggoh. Actually, aku rasa macam menyesal gila sebab dulu tak jaga elok elok. Maklumlah sekarang kan dah musim berbasikal kat Malaysia ni. Hehe.

Made in Proton ni. Jangan main main :) Hehe


Punyalah sayang sampai tak nak ganti fork baru walaupun dah macam taik.

Teehee.

Macam kelakar kan basikal ni? 

*Eh, Angry Bird tersesat pulak kat sini.

Thanks for reading this entry 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...