Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday (Last Wednesday of 2012)

Harini gua bangun tidur, check jam dah pukul 6.30 then gua tunaikan kewajipan gua lepastu gua ingat nak sambung balik tidur. Tetibe gua teringat gua nak pergi daftar lesen harini. Fuhh, mood tetiba bertukar gembira dengan drastik sekali sebab gua dah besar! Boleh ambik lesen dah. Sounds cliche.. Hahaha.

Lepastu gua pun bersiap then baring kejap sementara tunggu pukul 8 pagi. Tetibe kan......((saspens sikit)).......gua baru ingat yg gua lupa nak minta duit dekat ayah gua!! Gua rasa macam nak *tutttt* *tutttt* *tuttt*.  Sampai sekarang gua rasa macam gua dah buang masa seminggu untuk ambik lesen. Kaf lam ya nga betei la. 

Gua rasa gua nak ambik lesen layang la. Eh layang ke? ke lesen bayar? Ah whatever lah nye pun aduhai. Diorang cakap kalau ambik lesen ni pun boleh cepat sikit dapat lesen nya pun. Kalau ambik normal ikut procedure memang lepas ambik result SPM pun tak siap lagi lesen gua nya pun. Acane nak jenjalan nanti nya pun kalau takde lesen pun? Nak melencong pun nanti senang eh melancong lah aduhai. Tapi bila gua fikir balik ha, macam berdosa je ambik lesen layang ni kan nye. Ye lah pun, itu pun dikira anggap macam nye rasuah lah jugak kan aduhai? Takpa nye, gua akan cuba kuatkan iman utk tak cuba try test ((typical malaysian)) ambik lesen layang tu pun. Hahaha pening baca? 

Matahari terbenam dekat pantai morib.

Bila post pasal gambar sunset ni tetibe gua teringat masa dulu gua selalu jugak post gambar photography yang gua ambik dari guna compact camera, camcoder sampai lah semi-pro camera. InsyaaAllah nanti gua cuba untuk try post gambar yang gua ambik. Gua ni bukannya pro tapi kalau setakat nak ambik gambar rama rama tu boleh la. Hahahaha. Okay gua nak tgk berita jap. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...