Sunday, July 31, 2011

Puasa Oh Puasa

Assalamualaikum, puasa? Tahu puasa tu apa? Puasa tu menahan diri daripada makan atau minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Cehh, aku hafal tahu >.< So, hari ni last day makan and minum masa siang. Melantak lah bebanyak sampai buncit. Hahaha
Okay straight to the point, korang ada tak pengalaman hari pertama puasa? Ni aku nak citer sikit pengalaman aku pada hari pertama puasa dua tahun lepas kot. Maklumlah bila dah puasa mesti balik kampung kan, so sehari  sebelum puasa, aku dgn family aku pun balik lah kampung. Macam biasalah, bila balik kampung ada jelah yang nak beli time kat petrol station uh. so mase bosan menunggu ayah isi minyak sampai penuh, aku pun keluar get some food. 
Dipendekkan cerita, pada keesokan harinya aku pun keluar dengan p.cik aku pergi opis dia naik kereta aku. Masa otw pergi opis dia aku pun teringat yang malam tadi aku ada beli something kat petrol station. Bila aku check dalam kereta, aku pun nampak seketul donut yang tertulis kat situ 'Dunkin Donuts'. Aku pun dgn muka lapar keluarkan isi dalam uh dan dengan  tidak sengaja menelan separuh donut tu. Tetiba aku dengar suara orang menjerit kat aku " Hoi puasa lah!". Aku pun dgn muka terkejut badak (hanya pak cik aku dan Allah saja yang tahu) membuang semua benda yang ada kat mulut aku. Dengan muka yang agak bengang aku pun cakap kat dia "Kenapa bagitahu hari ni puasa? Kalau terlupa kan sah juga puasa. Haih" dengan selamba dia jawab "Abih tu kau nak suruh aku pandang je kau makan sampai terliur? Gitu?". Aku dgn muka tak bersalah buang donut tu kat luar dan cakap kat pak cik aku "Jangan bagitahu mama tahu, nanti saya belanja icecream masa berbuka okayy". Sampai kat rumah kitorang dgn muka selamba terus masuk rumah dan buat hal masing2 sampai lah berbuka. Act sampai sekarang aku tak belanja dia lagi icecream tu sampai dia dah kahwin. Hahaha. So that my story, korang pulak camne? 

Thanks for reading this entry :D 

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban malam pengampunan

Assalamualaikum, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawiSyaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.



Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yg lepas :
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swtmengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)


Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya danmenyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Jadi mari sama-sama kita ikut nasihat Ustaz Rahim : marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam ini untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Monday, July 11, 2011

#BERSIH II

I have no word now ;(


Sunday, July 10, 2011

#Bersih

Perhimpunan yang sangat ohsem. Nak tahu apa motif diorang? Cube tgk video ni



Saturday, July 9, 2011

Photoshot Basikal Aku

Assalamualaikum. Lama tak update blog ni kan? Kinda busy dengan perhimpunan Bersih. Hahaha. Takda lah, memain je. Semalam aku photoshot basikal aku ni yang sudah berumur 6 tahun kot. Basikal ni berjasa kau tahu. Dulu masa sekolah rendah, if nak pergi jalan jalan mesti dengan basikal ni. Berjasa sunggoh. Actually, aku rasa macam menyesal gila sebab dulu tak jaga elok elok. Maklumlah sekarang kan dah musim berbasikal kat Malaysia ni. Hehe.

Made in Proton ni. Jangan main main :) Hehe


Punyalah sayang sampai tak nak ganti fork baru walaupun dah macam taik.

Teehee.

Macam kelakar kan basikal ni? 

*Eh, Angry Bird tersesat pulak kat sini.

Thanks for reading this entry 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...