Tadi aku pergi klinik gigi sebab nak cabut gigi. Heh? Memang lah kan, takkan pergi klinik gigi nak beli air kopi pulak. Doctor kata gigi geraham atas sebelah kanan dah ada infection. Kalau dibiarkan boleh bengkak. Kalau bengkak masa SPM, boleh merana macam hilang anak woo! Tapi di atas nasihat doctor yang comel, aku pun ikut jelah. Dia suruh cabut secepat mungkin. Dia kata gigi geraham ni kalau cabut memang sakit gila ah lepastu. Masa nak cabut tu tak rasa pape pun, tapi lepas ubat bius tu hilang. Pehhh rasa macam nak tumbuk je semua benda yang depan mata. Siyes do.
Lepas cabut gigi tu, memang susah ah nak stop the blood flowing. Doctor nasihat lepas cabut tu, kalau boleh tidur. Memang tak larat nak buat pape dah lepas tu sebenarnya. Kepala dah tintong, memang tidur je lah ubatnya. Masa tidur tu memang sedap ah sebab ubat bius still ada. Lepas dah bangun tu........ AHHHH! Macam nak lempang muka ni bertubi-tubi. Sakit gila!
Doctor cakap kalau dah mula sakit kena makan paracetamol atau dalam bahasa orang tua panadol. Kalau still sakit, kumur kumur dengan air sejuk atau nak lagi mujarab kemam terus air batu. Ni tak tipu. Jangan makan makanan yang panas-panas dan elakkan makan bijirin sebab nanti butir bijirin tu akan tersekat dekat lupang gusi. Merana lah nak keluarkan dengan lidah.
Tips: Sebelum pergi cabut gigi makan lah banyak-banyak sebab lepastu nak makan pun susah. Merana kelaparan lah kau.