Wednesday, October 16, 2013

Sem break

Assalamualaikum.

Tup tap tup tap sekejap je 4 bulan. Habislah riwayat aku sebagai students part 1 and now dah start cuti sem seems like i have no idea apa nak buat cuti ni. Aku ingat nak duduk rumah makan tidur je like a boss lah. Okay lah, i dont feel like writing a essay in this morning. Haha babai. Anyway, selamat hari raya aidil adha.

Wednesday, September 25, 2013

Maaf Ku Pinta

Assalamualaikum,

Harini last day study for subject bel 120. Esok dah start final deh. Pehh rasa mcm semalam baru starts mds. Haha gila ah. Time flies so fucking fast huh.

Utk subject bel ni aku tak tahu nak baca apa sbb dia more to grammar and essay question. Kalau mcm spm dulu you got novel to khatam kan and understand their story. Bila time bel ni aku rasa mcm relax sikit. Sikit lah. Sebab aku still baca buku dia yg tebal natang ni.

So pada kesempatan ini aku nak memohon maaf 20 jari dari hujung rambut hingga ke kaki kalau aku ada buat salah, terkasar bahasa, termengutuk dlm blog ni dgn sengaja mahupun dgn buat buat sengaja.
Eh dah mcm ucapan raya pulak deh, tp takpelah sbb raya masa tu aku tak update utk minta maaf pun kan.

Okay lah. Aku kena stop dkt sini. Nnti sampai esok tak habis kalau nak tulis panjang panjang. So goodluck aku ucapkan kepada semua kawan kawan aku yg nak final exam or pape je exam. Doaku sentiasa mengiringi mu ke bilik periksa sehingga ke tempat duduk mu. Hahaha okay bye. Assalamualaikum.

Tuesday, September 17, 2013

Nearly to final exam moment

Assalamualaikum. Ive been through bad days lately. Final dah dekat. Test quiz assignment belambak. tadi ni pun baru aku habis quiz. kepala ni mcm nak pecah dah. nasib baik takde sejarah lagi orang pecah kepala sebab fikir banyak sangat. mmg betul lah. hidup dkt u ni mmg totally different. you cannot enjoy too much. even got some people dia mcm ckp "alaa diploma je kot. takyah nak hardworking sangat lah" its actually depends on what course you're taking. if dpt course senang mmg kau nak enjoy 24 hours pun takde hal.

Okay nak study math jap. Esok ada quiz. quiz je pun kan tapi soalan dia dh mcm test. Macam gampang. Oh ya lupa esok aku ada satu lagi test. Kepala buto dia banyak sangat test ni dah kenapaaaaaa! Okay lah bye. Doakan aku. Sebarkan. Kalau 40 orang doakan aku boleh termakbul tu. Hehe

Saturday, August 31, 2013

Refreshing

Assalamualaikum!

Its been a long time kan aku tak update blog ni. dah dekat setengah tahun aku biar blog ni terbengkalai. actually aku mmg ada niat nak update blog ni tapi nak log in tu punya lah payah. macam ada magnet yg menarik utk jgn update blog ni. hehe

well dlm setengah tahun ni, banyak pengalaman manis and pahit ive been through. kalau nak update harini mmg 10 post pun tak cukup. aku rasa nnti aku update dari semasa ke semasa. insyaallah.

so harini aku taknak cerita banyak. just nak refresh blog feeds.

aku actlly nak wish Happy Birthday Malaysia! Semoga terus aman damai sejahtera dan sebagainya. Okay lah thats all fer tohdayyyy. I'll be back soon insyaallah. Assalamualaikum. Sayonara. Hahaha

Thursday, April 4, 2013

I'M ON PAPER!

Assalamualaikum,

tengok tajuk je dah menggambarkan ketaksuban aku. lol. ni first time kot aku masuk paper. tu yg macam beruk dapat bunga tapi aku bukan beruk okay. sedia maklum. even article ni dah seminggu keluar, aku tetap nak post jugak.

*rambut x-men bak kata awek aku -..-

ni paper metro, 27march kot. if i'm not mistaken. anyway, thanks to kak jannah for interview me.

ps: kak jannah is my future sister-in-law and her sister just passed jpj test. Alhamdulillah.

Bubar Parlimen

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah aku tunggu berjanggut lepastu cukur lepastu berjanggut balik, akhirnya bubar jugak parlimen Malaysia ni. So Malaysia sekarang ni dah takde pm. Kalau ada yg mengaku dia pm dalam masa sebulan ni, sila gelakkan dia kuat kuat.

Since musim pilihanraya dah start ni, jangan terkejut lah kalau ada muka muka yg selalunya hanya keluar di kaca television akan terpampang di depan pintu rumah korang untuk meraih simpati. Biasa lah, sebelum election tabur janji macam tabur dedak bagi burung makan yg macam selalu makcik kedai india buat depan kedai dia.

okay disebabkan peruntukan kerajaan untuk pihanraya ini agak besar, aku sebagai rakyat Malaysia yg comel dan tak suka membazir akan cuba sedaya upaya untuk paw calon calon yg bertanding ni. Kali ini lah kau nak paw diorang habis habisan. Undi tetap undi parti yg benar. Ini kali lah! Hahaha

secara umumnya, aku ingin mengishtiharkan diri aku sebagai jentera penggerak parti. lol ayat cliche gila. sebenarnya aku dapat job dari pakcik aku. kehkehkeh.

so akhir kata, undi lah orang yg layak diundi bukan disebabkan ketaksuban kepada sesebuah parti. Maju lah undi untuk negara.


Friday, February 22, 2013

TGI Friday

Assalamualaikum

Setelah menungu hampir sebulan akhirnya berjaya jugak gua belajar kereta harini. Macam batak sikit kan tapi gua peduli hapa. tadi gua datang pukul 8 balik pukul 10. macam lama tapi sebenarnya belajar 10 minute je.nooookhoooooromm. tunggu turn yang lama nak mampuih. gua tak tahu ah mungkin gua drive laju sangat or orang lain yang drive slow sangat. natang betul.

target gua, gua nak belajar kereta seminggu je lepastu terus test jpj. hamboi, tinggi betul target kan. target memang kena tinggi senanya, kalau rendah bukan target dah namanya.

okay gua nak chow. nak pergi jalan chow kit nak beli first air kit. eh eh eh.

Sunday, February 17, 2013

A Good Day To Die Hard best!

Assalamualaikum

Setelah sekian lama bertapa, akhirnya gua kembali utk menulis blog untuk pembaca setia blog gua. cehh, mcm lah ada orang baca blog gua ni. hahaha.

tadi gua pergi tengok wayang setelah sekian lama tak tengok wayang. gua rasa gua last tengok wayang before spm. lama siaa. kalau mengandung dah boleh beranak. huhu metaforanya. tadi gua pergi tengok cerita 'a good day to die hard' kalau dalam bm satu hari yang baik untuk mati keras. lol lol. pelik bebenor bunyi dia. tapi apa pun tajuk tak penting, yang penting jalan cerita and angle shot yang menarik. gua rate cerita ni 8/10. kenapa 8 tak 9? sebab sukati gua la nak bagi berapa pun. lawak tak lawak tak? lol lol lol. apa pun cerita ni memang best. cuba tengok trailer dia ni.


tengok trailer dia memang gempak ah kan, kalau cerita lagi lah gempak. kalau tengok cerita ni memang dia melabur banyak ah dalam cerita ni. plus cerita ni ada lawak sikit. takde lah serious memanjang. gua pun tak nak cakap banyak lagi korang tengok lah sendiri. rugi siapa yang tak tengok cerita ni. memang puas. 



Thursday, January 24, 2013

Trip To Kuching (Part 1)

Assalamualaikum and hi

Entry kali ni memang agak janggal sebab first time gua rasa gua post pasal trip planning even gua dah beratus tampat gua pergi. 

Okay last week gua pergi Kuching. First time sia gua jejak kaki dekat Sarawak. Sebelum gua sampai sana, dalam fikiran gua orang sarawak ni semua duduk rumah panjang, pakai cawat tapi gua silap. Gua sampai je sana. Gua taknampak sebuah pun rumah panjang mahupun rumah pendek. yang ada hanya rumah teres sepanjang jalan. 

First of all, sarawak ni banyak tempat menarik tapi disebabkan gua pergi tak lama so tempat menarik yang gua pergi pun sikit. Hari pertama gua pergi Jong Crocodile Farm atau dalam bahasa omputeh "Taman Buaya". Tempat ni tak jauh, dalam 40km dari bandar kuching. Dalam 40 minute sampai ah. Apa yang menarik dekat Jong Crocodile Farm ni? Of course lah buaya. Nama pun taman buaya. Gua nasihatkan kalau nak pergi sini, masuk dalam pukul 10 atau pukul 2 sebab pukul 11 dgn pukul 3 dia ada buat show. 

Tailless crocodile. Kesian dia. Tersisih sorang diri.

Lapor sangat gamaknya buaya ni.

Spy mood ON

2 singgit 2 singgit.

Okay sambung part 2 di lain hari. babai

Wednesday, January 16, 2013

Makanan Lagi

Assalamualaikum and hi

Harini gua nak post pasal makan lagi. Biasa lah food addiction. Tadi gua belek belek makanan dlm peti lepastu gua jumpa daging burger sapa entah beli dgn nugget. Gua pun semena-menanya terus ambik lalu dimasak sehingga rangup seperti warna coklat yg tumpah di ladang gandum. 




Gua ni duduk rumah je takde benda lain, mesti nak cuba resepi baru. kalau ambik kulinari dekat u ni pun okay jugak kan. lepastu boleh masuk masterchef. haha tak habis habis dgn masterchef gua ni.

p/s: ice blended tu first time gua try lepastu jadi! sodap pulak tu. muahaha gua nak bangga sekejap.

Tuesday, January 15, 2013

Test Komputer JPJ

Assalamuaalaikum and hi

Pagi tadi gua ada test komputer kpp utk lesen L. Gua punya lah semangat bangun pagi gosok gigi mandi dan sarapan gula gula just for this exam. Lepas gua dah siap tu gua pergi lah tempat ambik lesen tu naik motor. Vroom vroom! acah acah mat rempit. haha. gua sampai tempat test tu dalam pukul 9. lepastu gua daftar the tunggu dekat 40 minit. ramai kemain. 

lepastu tiba-tiba ada suara sumbang "Muhammad Fadhil" gua pun bangun lalu pergi ke orang yg memanggil nama gua lalu dia suruh gua utk duduk utk ambil gambar gua lalu gua pun scan jari lalu gua tulis nama dekat kertas lalu gua turunkan tanda tangan pada kertas tadi. Okay berapa banyak lalu daaaa.

tetiba ada lagi suara sumbang tu, kali ni dia suruh gua masuk bilik computer. Then, gua masuk dgn confident yg sedikit then gua terus pergi ke pc yg dia suruh pergi. Lepastu, exam pun bermula.

Dalam masa 27 minutes berapa saat entah gua habis jawab lepastu mcm biasa lah, check jawapan balik. Dah double check ni. Confident gila betul around 45 ke 46. Lepastu gua pun semak jawapan, then tetiba keluar dekat screen tu dia tulis "Anda gagal. Sila pergi ke kaunter utk mengambil keputusan" Gua tengok jawapan gua betul 41! 41 tu kau! lagi satu nak lulus. Lulus 42! Gua terkesima sekejap sambil menyesali gua tak semak bebetul. Kau boleh bayangkan tak kalau kau dpt 39 dlm exam! Lagi satu nak lulus tp cikgu kau tak bagi! Gua rasa mcm nak campak pc tu dekat lantai lepastu pijak pijak sampai hancur lepastu bakar! Serious gua rasa macam jilaka gila. Pfftt -________________________________-'

Kau tengok! Babs kan?!

Lepas dah siap tu gua pun balik dgn perasaan kecewa. Bila sampai rumah je gua terus baca buku lepastu cuba buat kpp test dkt computer gua sampai sepuluh kali. Stress gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baaaaaaaaaaaabs!
 

Random

Assalamualaikum and hi

Semalam gua ada try buat telur setengah masak. first try biasa lah, tak jadi. second try baru jadi. yang first try tu mula mula gua tengok macam telur tak masak pun ada tapi senanya masak. macam kaf lam ya nga sikit kan ayat gua. biasa lah, budak baru belajar.

nak tengok gambar telur separuh masak yang gua buat? ni dia.


Ni first try gua, serious mcm tak jadi tp nasib baik sedap.


Ni pulak yg kedua. Nampak menyelerakan bukan anak anak?


Dari sini gua boleh simpulkan yang tak semestinya bila kita tak berjaya kita akan berjaya selamanya. Selalunya first try akan kurang jadi dari apa yang diharapkan.

Okay dah tinggal cerita pasal telur dekat sini, now gua nak cerita pasal petang tu gua masak ayam crispy dari Ayamas. Lulz formal gila ayat. Okay. Kali ni gua punya ayam terbaik bohh. Hitam gituw. Nak tengok lagi?

Bila gua tengok balik, macam batu pun ada kan? -_________-

Lepastu gua makan ayam batu tu, gua pun pergi matrik banting untuk training budak squasy. Budak yang gua train tu semua budak SMS Banting. Diorang memang tak pernah main before this gamaknya. Kaku kemain. Tapi nasib baik gua orang yang penyabar lagi penyayang. Diorang main mcm hanjing pun gua senyum je. Padahal dalam hati rasa mcm nak ketuk je kepala dengan racket ni.


Tapi bukan semua la tak tahu main. Ada jugak yang boleh lah gua layan sampai 4,5 mata. Malam ni gua ada lagi training dgn budak lelaki pulak. Kali ni utk pemilihan utk ke peringkat Selangor.

Okay lah gua nak mandi, solat, beradu. babai ;)

Sunday, January 13, 2013

Pengalaman Baru

Assalamualaikum and hi

Lama gua tak update blog ni. Kalau gua update pun bukan ada yang nak baca. So buat apa gua update kan? *lagu sedih dimainkan* lulz

Harini gua belajar benda baru yang gua tak pernah buat ni. Nak tau apa? Gua belajar......................masak! hahaha sound weirdo but peduli hape gua. Blog gua. Harini gua berlajar masak sayur kacang buncis kot ((sebab ada kacang buncis dalam sayur tu)) and ketam masa cili kot ((sebab ada cili dekat ketam tu)). Sorry lah gua memang tak tahu apa nama makanan tu. Gua tau makan je. Apa yang penting kenyang.

Okay first, mak gua suruh gua potong kacang buncis tu. Lepastu gua potong la ikut kepala lutut gua. Gua potong dalam setengah inci. Lepastu mak gua nampak, dia pelik lalu dia kata "Hancur kacang buncis tu potong! Potong panjang lah sikit" lepastu gua balas "Kalau panjang acane nak makan?" lalu mak gua menjawab "makan telan jelah" facepalm gua sebentar. So moral of the story, korang jangan lah jadi manusia yang tak reti masak. Rajin rajinkan lah jenguk mak ke, bibik ke dekat dapur tu. Kang nanti lepas kahwin mak mertua suruh siang ikan, kau pergi potong ikan. Kan susah. Tak pasal pasal kena bebelan maut dr orang tua. Gua sebenarnya dedicate ni to my gf. Harap dia baca.


Okay cukup hancur tak? Agak agak ada bakat masuk masterchef tak? :P


So inil ah hasilnya.


Tapi gua lupa bagitau korang yang gua ni tak suka makan ketam. Leceh bohh. Cengkerang kemain besar tapi isi ciput macam siput sedut.

Bye.


Monday, January 7, 2013

Happy New Year

Assalamualaikum and hi

Happy Belated New Year gais! Not so late kan? Kejap je dah 6 haribulan. Rasa macam baru semalam tengok bunga api. Dah dekat seminggu gua membisu tanpa sebarang berita. Dulu sebelum new year kemain update tiap hari, now nak login pun malas noks. Azam tahun baru gua nak kurangkan update blog. Okay kan? Baru lah korang rindu aku nanti. *ayat cliche :P

Jumaat minggu lepas gua pergi bertapa dekat muar for a few days sebab mula mula nenek gua masuk hospital so gua ingat nak pergi jenguk tapi bila sampai sana dia dah ada dekat rumah. So gua pun melawat dekat rumah je. Muar ni gua tak habis explore lagi. 1/3 pun belum habis lagi. Masa tak cukup. Cuba kalau bagi gua seminggu dua, confirm gua hafal selok belok setiap lorong dekat daerah muar ni.

Gua dekat sana tidur dekat rumah makcik gua. Kucing dekat rumah dia comel gila gila gila. 

Berebut susu. Sumpah comel yang teramat.









yang ni bulu dia masyaAllah, tebal gila plus lembut macam bantal

By the way, tahniah Yuna aka Aizat sebab menang AJL and Azlan dan mesin taip and Hafiz, tahniah. Hafiz rambut dah tak awan nano dah. Lulz hilang ah trademark rambut dia.

Okay dah malam ni. Esok nak kerja. Bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...