Thursday, March 24, 2011

Apa Itu Seks ?

Ini aku copy paste bagi yang belum baca entry ni lagi dari keretamayat

(bagaimana mengelakkan Zina)
18-SX, entry ini mengandungi unsur-unsur yang keterlaluan dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, ada unsur kelucahan yang melampau, korang di nasihati tidak membaca seorang diri kerana di kuatiri akan terlanjur dengan tangan kiri, juga tidak boleh membaca bersama bukan muhrim kerana akan menggalakkan kepada penghampiran zina(janganlah korang menghampiri zina), juga hanya mereka yang berfikiran terbuka sahaja layak membaca-harap maklum!)
18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!
18-SX, bagaimana lagi nak aku gambarkan? Entry ini merbahaya kepada ‘bot-bot kecil’ kerana takut di salah gunakan, tapi sekiranya korang adalah ‘bot-bot besar’ maka aku tak perlulah bimbang..insyAllah.
……………….
Baiklah, kita mulakan sekarang sebuah entry yang bercerita tentang SEKS…
Suatu hari dalam perjalanan dari Kuantan ke Terengganu, sebuah kereta bergerak dengan lajunya seolah-olah, “sekarang, sayalah yang terpantas..”
Kereta itu bukanlah ambulance, juga bukan kerata bomba, apatah lagi kereta polis, kereta mayat pun bukan..
Kereta itu adalah kereta hak milik persendirian, sebuah proton satria kuning yang di bawa oleh anak Pak Taib dengan nafsu gelora jiwa remaja, aku yang dah berkahwin menasihatinya..
“jangan bawak laju-laju, aku belum pergi haji lagi”
Semantara itu si jo yang masih bujang pula menasihati anak Pak Taib supaya bawak perlahan dengan alasan;
“aku belum kahwin lagi..”
Atau hakikat sebenar..
“aku tak nak mati lagi kerana aku belum rasa nikmat bersetubuh,!!”
------------------
Seks! Satu dari nikmat hidup…, banyak manusia jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang kerana seks!!!
Dan tak kurang juga yang di campakkan ke dalam neraka kerananya.. oh!
Hari ni jika korang rajin(banyak masa) cubalah semak akhbar dan berita, begitu banyak sekali kes zina, sumbang mahram, gangguan seks, seks oral, liwat, bersekedudukkan, buang anak, rogol-bunuh-bakar!!
Sehingga tak tercapai akalku..isk…
Daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi?,
Masyarakat jadi huru hara, anak tak tahu nak berbin dan berbinti kan siapa, penyakit kelamin dan doctor sakit puan semakin kaya, HIV positif, Siflis, maruah tergadai, keturunan tercemar, lahir anak anak yang cenderung kepada maksiat, dosa dan noda sehingga kawan aiman yang umur 5 tahun tapi dia kecik sajer, bila main dia cepat letih, tapi aiman cakap: “dia tak kisah..”
Akupun tak mendikrimasikan kawan aiman, tapi kisahkah kita jika jumlah kawan ‘aiman’ semakin bertambah?..oh!
Kawan aiman menjadi mayat yang sukar di uruskan sehingga terpaksa meminta pengurus mayat yang pakar…
Apa perasaan Aiman bila lihat mayat sahabatnya….?
Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?
Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda(lebih kurang maksud):
Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)
Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..
Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:
“sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”
Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi tidak dapat tidak, kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segalam macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!!
Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke ITP, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!!
Naduzubillah?
Kenapa semua ini terjadi?
Adakah kerana masyarakat hari ini kurang pendidikan seks?
Tahukkah korang tentang pendidikan seks?
Dah lama aku dengar desas desus dan ura ura untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah, tapi apa sudah jadi pada cadangan itu?
Telah wujudkan?
Serius, aku tak tahu, jika sudah wujud, apakah silibusnya?
Adakah titik inzal juga akan di masukkan ke dalam silibus?
Baru baru ni masa aku ‘jalan-jalan pergi makan’ kat KL aku nampak ada anak-anak gadis yang pakai T-shirt yang bertulis ‘I'm seks education”.
Dahsyat..., dan dahsat juga untuk mata aku yang sempat membaca tulisan di baju anak dara..oh!
Hmm, betulkah anak dara? Zaman sekarang nak cari anak gadis yang betul betul berdara, bagaimana?
Akupun tak tahu, kalau korang baik! insyaAllah korang akan dapat pasangan yang baik…
Maka kali ni, aku yang dah berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…
Al maklumlah, wanita itu adalah senjata syaitan..
Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata’..
Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka’ di jalanan berkata “oh! Kasihan kepada senjata setan ini…, lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan”
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)
Nampak beriman dan baik aku kan? Huh, cuba wanita cantik macam Sonale bandre goda aku di tempat tertutup, kat luar hujan lebat, bini pulak datang bulan, huh! meremang bulu janggutku, tercabut kopiah, dan masuk neraka aku agaknya.. naduzubillah.
Aku berlindung dari ujian godaan seks..oh!
Aku sekarang ni pun dah dapat anak perempuan, bila besar jadi senjata syaitan jika aku tak didik betul betul.., bahaya-bahaya.. (kepada Allah aku memohon pertolongan)
Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian,orang lelaki boleh naik nafsu untuk bersetubuh adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!
Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..
Aku tahu kerana aku lelaki dan hidup dengan lelaki lelaki gila meroyan…oh!, dan lelaki bila dah stim, kemaluan menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis atau telur lelaki akan rasa ‘senak’, dan pada waktu ini keinginan untuk mencari lubang untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya…, masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur (aku sendiri pernah alami-tak boleh tidur kerana teringin nak bersetubuh..oh!),
Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk…, bagus jugak perasan sibuk ni..
Masa aku bujang dulu, jika aku stim malam malam, aku akan start motor keliling kampong, (nasib baik tak jumpa bohsia- tak caripun-Allah masih sayangkan aku)
Kemudian cari kawan, atau lepak minum teh’ tarik, lepak di jalan tengok orang atau tengok mat remp-it buat aksi yang cemas dan mendebarkan… mak aku selalu membebel bila aku keluar malam-malam, tahukah mak yang saya waktu tu “air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, tak boleh tidur, tak boleh tengok TV, nak baca Al-quran waktu tu langsung takde kekuatan iman..oh!!
Tahukah korang?
MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..Awas, perempuan-perempuan yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol korang beramai-ramai-naduzubullah!
Perasan tak korang akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu bersetubuh yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka mat rempit rela mati kerana itu!!!
Tahukah korang?
ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..Yang mana jika di belai, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dadanya di ramas, buat oral seks dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah tak de dara ini,..oh!
Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian…kesihan.., adakah ‘bukan aiman’ semua tak kisah???
Tahukah korang?
REMAJA –REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..
Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,
Dan ada juga yang kena ‘rogol’ secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal.., akhirnya masuk neraka..
Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, dapat peluk peluk, nak cium pipi, dahi, lepas tu nak cium mulut, dah cium mulut nak hisap lidah, dah hisap lidah-peluk erat, kemaluan berlaga, tangan raba dada, dapat dada nak betis dapat betis nak paha, give him an inch, and he’ll take a mile, lepas tu hisap kelentit wanita, wanita pulak hisap kemaluan lelaki, lepas tu masuk tapi pancut luar, kemudian terpangcut dalam, lepas tu hari hari berzina, kemudian boring, sedar sedar dah mengandung, cari awek lain dan cerita kat member yang kau tu sudah jadi bekas orang, beranak buang anak, bunuh diri, masuk neraka!!!
Nota: aku bukan doa korang yang dah terlanjur untuk masuk neraka, aku Cuma cakap amalan dosa itu yang boleh buat korang masuk neraka, aku sayang korang, sebelum korang jadi mayat, korang bertaubatlah, dan zahirkanlah taubat korang melalui kahwin!!!!
Zaman sekarang anak-anak muda kita mudah dapat‘pendidikkan seks’, zaman pakcik muda-muda dulu nak bawak pita video lucah bukan senang, letak dalam poket nampak, kena bungkus dengan surat khabar, tapi remaja sekarang ‘bahan melancap’ itu hanya dalam bentuk CD, dan lebih haru lagi sekarang boleh simpan dalam handphone, rasa nak melancap boleh bukak handphone dalam tandas, itu yang takde awek lagi, yang dah ada awek apa jadi?
Huh siap buat filem sendiri guna kamera handphone.., itu yang dah depan mata, apa akan berlaku pada anak anak kita yang baru lahir untuk tempoh sepuluh tahun akan datang?
Hanya imanlah penyelamat sepanjang zaman, sehingga jadi mayat, sehingga ke negeri akhirat…
Nasihat seorang alim:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..
Tapi apa jadi pada aku yang hina ini?
Aku telah buat maksiat sampai penat dan letih sehinggalah aku tidak berupaya lagi untuk buat usaha atas iman…isk..isk…
Sahabat sahabat nabi SAW telah berpeluh kerana ugama, tapi aku hari ini berbeluh kerana berbuat dosa… isk.. isk..
Nabi SAW solat sampai bengak kaki, tapi aku bergerak ke arah maksiat setiap hari sampai lenguh tumit kakiku ini.., kepada Allah aku memohon keampunan dan pertolongan..oh!
(Taufan durian pun datang melanda hatiku..)
Kita berhenti sekejap, aku nak bagi laluan kepada Hamdan, the desperado meluahkan isi hatinya, korang yang rajin boleh bagi nasihat sepatah dua kata..
Copy/pasteHamdan said
Pompuan...pompuan...Pasal aper lah korang asik nak kat lelaki hensem dan kaye jer... cian ler kat aku yg tak hensem and tak kaya ni... harta aku motor buruk ader lah.... ade tak sapa2 yg sudi kat aku di blog ni?
Pls don't malu sbb aku janji akan sehidup semati dgn kau!
Tolonglah aku....aku nak kawin....aku dah tak tahan ni... Tak der sapa pun yg nak kat aku ... aku ni muda lagi tapi kepala dah terang macam bulan mengambang, memang takder mood lah kalau pompuan tgk aku!!!Dah la tu... gaji kecik...sbb keja pun buruh ajer sbb dulu2 mcm kecik tak sekolah rajin2....skrg kan susah! Ada tak sapa2 yg sudi meminang aku?
Hamka,
Kalau aku rasa nak bersetubuh sgt2.... dah control pun dok terketar2 tahan... amacam berdosa tak kalau aku masterbate? sbb aku tak nak berzina dgn minah2 jual badan tu..Org putih kata if u don't use it u will lose it! Kalau asik tahaaannnn aje hari-hari... apa nak jadi ngan aku ni? Aku dah cuba puasa tapi tak lot pun! Nak kawin tak der sapa nak kat aku sbb aku ni miskin & tak hensem mcm kau! Rupa tiada, miskin pula...Sedihnya... ‘pedang besar’ aku ni asik ganggu fikiran aku.... dah jenuh naik motor keliling kampung nak cuba lupakan si pedang besar ni tapi.... bila dia naaakkkkk tu... aku heran betul mcm mana aku boleh tension sgt ni.... kor tak der doa utk tundukkan pedang besar ke?
Pls help me....
Hamdan, the desperado
Luahan hati kedua:
Copy/paste email
assalamualaikum..sori menganggu...mungkin bro sibuk kot,tapi nak kacau gak..hal penting nih.disebabkan saya lelaki,maka stret to da point,masa bro belum kahwin,camna cara bro tahan diri dari inzalkan diri sendiri..
kadang2 susah la nak kawal...hmm..camne ek..ada cara mantap?ada baca pendapat ustaz(dari internet,bukan tanya ustaz)kata boleh 'buat' kalo takut sampai berzina ngan orang lain...sampai tahap mana tu..atau...memang x boleh...sekarang kat oversea
(x tau nak bahasa kan diri apa..aku,saya?....diri ni 20 tahun...bro 29 kan..hormat ke pakai aku...?)..
mmg ingat kawen lg bagus..tapi(ada tapi tu)baru datang x sampai staun...blaja pun x stabil lgi...JPA pulak kasi kawin bila taun ke3....hmm...berilah daku kekuatan ya Allah
Luahan hati ketiga:Copy/paste Seseorang said:
org lain luar sane slalu ckp kat aku yg senang je kalo stakat ckp nk kawen awal..
tp nak buat tu susahaku sll bc blog hamka nitp aku bukanlah di kalangan org2 berilmu (alim)
aku bercadang nak kawen awal kerna salah satunya nak mengelakkan maksiat
tapi dek kerana aku belajar lagi, ramai yg tak menyokong aku.nak kawen awal. cakap senang. tapi nak buat, macam2 alasan
adakala aku rasa nak mintak putus dgn pasangan aku sebab aku tak sanggup tunggu dan terus buat perkara yang tak elok
aku gemar bc blog ni sbb dtg keinsafan.walaupon lagak aku mcm org biasa, tapi keinginan nak kawen tu mmg besar.dan org lain sll beri alasan utk tak kawen awal.mungkin aku patut lebihkan solat,solat hajat,istikharah.dosa aku tak terkira,taubat byk kali dah,masih buat dosa lagi
aku tak tahan lama...aku usaha blaja agama lebih byk
tapi sll terlupe..oh, Allah tentu murka dgn aku! :'(dan makin aku blaja agama,makin hari kawen awal makin jadi keperluan
tapi org kata, duit takde tak bleh kawenaku pikir lebih sgt ke ?aku cuma harap aku dpt cahya kebenaran dan dpt menangkis godaan2 duniawi
aku harap allah dpt beri petunjuk kpd aku dan pasangan aku kirenya kami ade jodoh dan beri petunjuk yg dpty beri menfaat pd kami
Luahan hati keempat:
Copy/paste
Kakak S said:
Sdr Hamka,Akak ni dah berkulat dah mulut mintak kat Tuhan supaya dapat jodoh. Sejak umur akak 17 tahun sampailah sekarang (umur akak dah 37 tahun) hari2 akak berdoa secara khusus & intensif supaya dapat jodoh yang baik... tapi HAMPEH.... mcm2 jenis mandi bunga dah akak cuba, mcm2 teknik mengorat yang halal dah akak buat... tapi HAMPEH..... takkanlah akak jadi second class citizen kot pada kacamata Tuhan...bukan saja2 tak nak kawin tapi memang dah TAKDIR!!!
Siksa tau membujang ni... mcm2 dihina orang walaupun berpelajaran tinggi, nilai diri KAPUT -- zero value man!!! Dahlah hidup kesunyian, kena tindas masyarakat lagi... kalau-kalau diikut hati nak aje jadi lesbian.Akak rasa mungkin kalau akak jadi lesbian, Tuhan kesian kat akak & bagi jodoh kat akak. Amacam... akak dah desperate sgt ni!!! Nak berteman!!!Kalau sapa2 nak reply komen akak ni, address aje akak dengan Akak-S yang bermaksud akak sewel (akak yang dah nak sewel dek membujang terlalu lama).
Luahan hati kelima:
Copy/paste
hamba ALLAH said...
assalamualaikum.....nk mnt pndgn korg..aku pembc setia blog bro hamka ni..tp hari ni br nak bg komen..dlm erti kata lain nak mnt korg komen..sori bro hamka
camni..aku jatuh hati kat sorg wanita..same tmpt blaja ngn aku..junior aku..muda sethn..dia ni mmg baik sgt..tgk skali pun dh tau dia mmg sgt baik..lembut..pkai smua pun tutup aurat..pndai msak..nak kata semua ckupla...aku x pernah pun terfikir akan jatuh hati ngn dia ni..sbb dulu b4 dia dtg cni(utk pengetahuan smua.aku pelajar thn akhir kat sbuah univ kat oversea..bkn nk bangga)
dia dah ade pakwe..mmg dia ngaku la dia dh ade pakwe..so stud laki sume xde ar yg usha2 dia..tp lpas duk 2 thn..dpt berita dia dh clashed ngn pakwe dia..pas2 dia x layan mn2 laki dah...tp disebabkan aku ikhlas kat dia,,aku try gak luahkan perasaan aku kat dia..n dia minta masa utk dia fikirkan..n satu mlm tu dia trus trang kat aku..dia bgtau semua..aku amat terkejut ble dia kata...
...dia kata..
...dia dh xde pape..pakwe lama dia dh `rase` smua apa yg ade pd dia...
oh Tuhan...aku taktau nk ckp pe..speechless...aku x pecaya...tp dia x ilang dara lg ar...tu aku taktau ar..dia berterus trang kat aku..dia bgtau sbb dia kata dia xnk berselindung...n dia ckp..dia tau xkn ade laki yg snggup terima dia jd isteri...aku terdiam gak...dh beberape hari ni aku wat solat isthikarah..mnta ape yg baik...aku tau dia dh berubah..tapi aku takut aku x leh terima hakikat yg isteri aku tu bekas org..laki laen dah sentuh..oh..cmne ni..aku tau dia baik..baik sgt..dia pnah kata..kalo xde org snggup terima dia lagi..xpe..ckup ALLAH sbg pemelihara dia..
cmne sahabat2 smua..aku tgh bengong..bro hamka..bg la pendapat...takut kalo lepaskan..xkn jumpa pompuan sebaik dia lg...tp kalo terima..takut xleh terima hakikat dia tu bekas laki lain..
……………………………
Hamka Said:
Ok, kita sambung balik, aku bukan ustaz dan juga bukan seorang pakar motivasi, aku Cuma keretamayat yang akan memudahkan perjalanan ke kubur, dalam kubur, korang pandai pandailah jaga diri, nasihat aku yang hina ini adalah..
Aku dulu pun takut buat maksiat..
Cerita aku:Bila bapak mertua aku (bakal) agak keberatan untuk kahwinkan anak dia pada mulanya dengan alasan nak anak dia bekerja dan stabil dulu..
Akupun pergi jumpa kadi kat jabatan ugama dan mintak izin kahwin berwalikan wakil, kerana:AKU DAH TAHAN, RASA NAK BERSETUBUH, AIR NAIK KEPALA, TAPI TAKUT DENGAN AZAB ALLAH….
Nasihat kadi tu, dia akan benarkan perkahwinan itu jika bapak perempuan berkeras tak nak kasi-sebab ini melibatkan dosa dan pahala, nasihat kadi tu lagi, suruh aku pujuk dulu bapak mertua, jika gagal dia akan buat surat untuk dakwa dan nikahkan aku guna wakil wali..
Dahsyat bukan?Tapi bila doa dah makbul, Allah yang pegang hati bapak dia, maka kahwin jugak aku berwalikan bapak dia, tiada pertumpahan darah, yang tumpah adalah cecair2 yang halal lagi lazat..(aku mengada-ngada)
Nasihat aku untuk yang nak kahwin tapi masih belajar:Takutlah Allah!! Takutlah azab Allah, jika korang ikhlas tak nak berdosa dan takut api neraka, buatlah usaha untuk kahwin cepat walaupun sedang belajar-Allah jua yang memegang hati-hati manusia..
KAHWINLAH CEPAT-CEPAT WAHAI PARA REMAJA…FITNAH SANGAT DAHSAT MENANTI, MAYAT ANAK ANAK LUAR NIKAH DI SINI SANA..BERTAUBATLAH SEBELUM MENJADI MAYAT…
Nasihat yang lain untuk Hamba Allah yang aweknya dah terlanjur..
Ada cerita dari kitab (mana ntah, aku lupa) seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing dan Allah suka dengan amal ini, maka Allah bagi jalan hidayat yang mana akhirnya si pelacur ini berkahwin dengan orang soleh dan beliau telah menjadi ibu kepada Nabi Nabi bani Israel..
Ada jugak cerita orang alim di goda pelacur, kerana takutkan neraka, orang alim ni pengsan, dan akhirnya pelacur ini dapat hidayat dan berkahwin dengan orang alim..
Nasihat aku:Kalau kau dah suka dia…Jangan peduli lagi apa orang nak kata..
Lagu:Mana datang cahaya?.. Bukalah tajuk cerita... Siapa pun kau ku sudi terima... Biarpun dosa semalam... Sebesar gunung menembus awan... Yang penting… hatiku dapat kau tawan…!
Aku cakap ni, jika / Kalau kau dah suka dia betul-betul, kalau kau ragu-ragu, atau kesian, baik tak payah..
Aku cakap betul ni, jika ada wanita yang nak kahwin dengan aku, dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya dan dia berjaya pujuk isteriku..ehem, ehem.., dan dia juga bersih dari sebarang penyakit HIV dll, aku terima walau siapapun dia…
Dalam islam, sejarah tidak boleh di hukum.. Macam saidina Umar yang bunuh anaknya hidup-hidup, beliau tetap boleh jadi khalifah islam yang ke dua..Sejarah dah lepas, yang penting, sebelum korang jadi mayat, korang sempat bertaubat..Yang pasti bila dah jadi mayat, baru ‘sejarah’ di ambil kira…oh!..
Errrr, kakak s, Aku rasa Hamdan the desperado boleh ‘tolong’ kau…
Dan buat yang suka melancap:
ada 6 cara untuk elakkan melancap
1.: jangan ada couple, bila ada couple, kemudahan 'imagine' adalah tinggi, bahaya-dan orang couple bukan lagi buat dosa melancap, tapi biasanya buat pra-zina, bukan!!!, biasanya BERZINA TERUS!!!-naduzubillah., kena sebat 100 kali sebatan!
2. Kahwin cepat, bini melancap untuk kita-takpe.
3. berpuasa-sukar tapi berkesan.
4, banyakkan beriktikaf!!!! (sangat bagus untuk student, study di masjid, tidur di masjid)
5. Jangan bersendirian, dosa amat sukar di tahan bila di tempat sunyi..oh!
6. beribadatlah hingga LETIH....berpeluh...pasal dosa melancap, aku tak tahu, ..selamat belajar!!!
-----
akula said...Assalamualaikum...
Ubat paling mujarab untuk nak elakkan melancap? Senang je, ko kawin je, InsyaAllah nikmat dia lebih dahsyat dari ko melancap sorang2...
Aku nak tambah beberapa lagi tips nak elak melancap:
1) Baca dan kaji Al Quran banyak2 sampai masa terisi dengan baik, baru takdak nak fikir benda2 mcmtu.
2) Selalu perasan sibuk dengan kerja / ibadah sehingga lupa tentang perkara2 nafsu ni. PERINGATAN: Jangan sampai lepas kawin pun ko buat2 perasan sibuk dah..
3) Selalu berada dalam keadaan berwuduk. Kalau nampak perempuan2 yg berpakaian seksi seksa, cepat2 pi amik wuduk.
4) Kalau betul2 nak elak zina, aku rasa takpelah, tapi kadang2 sendiri yang cari "penyakit"... dok pi tengok benda2 tak elok (skrgni banyak sangat!) ataupun dok tengok pompuan2 seksi seksa, then guna alasan nak elak zina... Alhamdulillah time aku muda remaja (sekarangni pun muda lagi!) dulu tak penah terfikir nak buat benda2 camni...
Ustaz aku pernah ckp, orang2 yang melancap ni nanti bila dibangkitkan kelak, tangannya akan bengkak disebabkan oleh aktivitinya itu.
……………………….
Hamka said:
Ok, kita teruskan perbincangan kita, makin hangat dan makin hot nampaknya!!! Kena banyak beristighfar..oh!
Dalam islam melarang couple sebelum kahwin kerana dah berapa ramai yang terlajur perahu boleh di undur, terlanjul inzal, nerakalah jawabnya…
So sekarang ni, bila orang lelaki atau permpuan sudah akhil baligh, dan di tambah dengan suasana hiburan yang dahsyat, maka keinginan untuk bersetubuh telah datang menganggu gugat kehidupan para remaja, la ni.
Remaja sekarang nak bersetubuh, tapi tak mampu nak kahwin kerana masyarakat tak galakkan kahwin awal dengan alasan masih belajar atau ekonomi yang tak stabil, lalu terlanjurlah mereka dan keluarga mereka ke lembah neraka…
Baru baru ni, makcik tiri belah mak tiri aku cerita akan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia telah terlanjur berzina dengan pakwenya yang sebaya dengan pasanganya, dan pasangan ini baru berumur 16 tahun, bila makcik tiri belah mak tiri aku ni cuba untuk kahwinkan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia ni di jabatan ugama islam, tok kadi tak dapat nak langsungkan perkahwinan mereka dengan alasan di bawah umur(?)
Lalu makcik tiri belah mak tiri aku tu sound akan tok kadi tu bahawa dia dah lepas azab Allah kerana makcik tiri belah mak tiri aku tu memang nak kahwinkan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia kerana mereka dah terlangjur, mendengar dosa dan azab Allah maka tok kadi yang beriman tu jadi takut lalu ‘adjust’ juga pasangan ini berkahwin, … menangislah setan…
Bagaimana Zina boleh terjadi?Kajian rambang aku, biasanya zina ini terjadi bila korang sanggup dengar cerita dalam kain atau mendengar luahan hati seorang yang menceritakan pengalaman SEKSnya..
Sebagai contoh, korang mungkin bukan lesbian, tapi jika datang seorang lesbian dan menceritakkan pengalaman seksnya kepada korang, pengalaman berjumpa dengan titik inzal, kelazatan di belai dan bla bla bla.. dan pada waktu itu, korang berdua sahaja ada dalam bilik, akhirnya lahirlah seorang lagi new lesbian..
Begitu jugak jika korang orang lelaki mendengar cerita pengalaman seks dari bini orang yang tak pernah dapat nikmat inzal misalnya dan dan pada waktu korang berdua sahaja di tempat yang tertutup, akhirnya berzinalah engkau dengan bini orang –nauzubillah
Contoh lain adalah bila pakwe korang mengadu telur senak kerana zakar tegang tapi tak pancut, maka ringan ringanpun bermula dan akhirnya…, setan ketawa di lurah neraka!!.
So moralnya jika korang nak bercakap dengan sapepun, jangan sesekali bercakap tentang SEKS di tempat tertutup, dalam telefonpun jangan!!!
Kerana ada hadith yang di riwayatkan dari Tarmizin dan Ahmad yang bermaksud:
“seburuk buruk orang di akhirat adalah orang yang menceritakan pengalaman bersertubuhnya kepada orang yang bukan hak”
Orang yang bercerita akan di laknat, apatah lagi orang yang mendengar..,!!!
(naduzubillah)
Hmmm, Masalah couple satu hal, ok, kita pergi pada masalah lain pulak, iaitu satu lagi masalah , masalah rogol…
Orang lelaki yang jauh dari Allah akan hilang kewarasan bila :
“air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”,
Lalu bila ada peluang, akan mencari mana-mana lubang yang sempat dan mudah untuk pancutkan air mani haram:, korang perasan tak ramai kes rogol melibatkan budak-budak? Kerana budak budak senang di rogol…oh!
Bila air naik kepala, dan bila ada peluang, maka syaitan guna ‘senjata’ ini lalu berlakulah
  • Bapa rogol anak
  • Ustaz rogol pelajar
  • Bapak saudara liwat anak saudara
  • Abang rogol adik,
  • Guru rogol murid
  • Polis rogol banduan
  • Jaga rogol budak 5 tahun
  • Pensyarah paksa pelajar buat oral seks
  • Pengangur rogol anak kambing
  • Penggali kubur rogol mayat budak
  • Lain lain:-Rogol, bunuh, bakar..

(ummat menderita sekarang..)
So, nasihat aku kat korang wahai para wanita, jangan bagi peluang walau sedikitpun untuk orang lelaki yang air sudah naik kepala-telur senak- lalu pangcutkan air mani ‘setan’nya ke dalam lurah ‘neraka’ korang…, jangan..
Kita orang islam di larang bersangka buruk, tapi bila masuk bab muhrim, orang perempuan kena sangka buruk dengan lelaki bukan muhrim bila berdua-dua an, walaupun ustaz atau aku sekalipun..!!!
Bermakna, jangan sekali-kali korang duduk berdua-duaan sahaja walaupun dengan ustaz atau ulamak dan dengan bapak saudara atau ayah atau abang, jangan sekali kali kerana setan ada antara kalian..
Lelaki+wanita,
=Lelaki+setan+wanita
=Setan+lelakiXwanita+setan
=Kepala yang macam kepala setan masuk ke dalam lubang yang macam lubang neraka
=Masuk neraka jahamam!!!
Eh, tak kanlah dengan bapakpun kena ada muhrim?
Baca berita : bapak rogol anak.(tapi tengok jenis bapaklah, kalau beriman dan air tak naik kepala takpe..)
Tips kedua, jangan pakai baju seksi walaupun depan bapak
(pasal aurat ni aku malas nak tulis-dah banyak di debatkan orang)
Eh, tak kanlah dengan bapakpun kena tutup aurat?
Baca berita : bapak rogol anak.(tutup apa yang patut, jangan lah tidur just pakai kain tuala kat ruang tamu.., korang paham?)
Ti[s ketiga, Kalau berjalan, jangan berjalan seorang diri walaupun korang nak pergi masjid atau nak naik haji!!!
Ada cerita seorang cikgu naik kereta seorang diri, kena sondol dari belakang, bila turun untuk check bumper kereta kena rogol….
Lain lain cuba korang rujuk berita yang aku ingat-ingat lupa di ambil dari akhbar tempatan:-
  • Seorang lelaki bagi minum minuman sehingga korang orang perempuan jadi pengsan, apa lagi bawak rumah sewa dan rogol secara bergilir-gilir, ikut turn ke , ikut abjad ke , ikut angka giliran ke , ikut saiz ke, lantaklah….
  • Seorang pakwe mengadu telurnya sakit kepada aweknya, sebagai simpati si awek sanggup tolong hilangkan senak telurnya dengan cara membuat air mani dalam telur itu keluar, mula mula oral seks, lepas tu..argh tak payah cerita..
  • Seorang aweks dating bersama pakwanya, dah banyak kali pakwenya ajak berzina, tapi si aweks menolak, satu hari si pakwe bawak aweks ni dating dalam kereta dalam hutan, dan ugut jika si awek tak nak berzina, maka si balaks ini akan tinggalkan dalam hutan, kerana takut..berzinalah mereka..
  • Seorang wanita yang ‘cantik’ telah di puji oleh seorang ‘pengarah filem’, lalu uji bakat di adakan dalam hotel, untuk berlakon mestilah mempunyai body yang cantik dan tiada parut, wanita itu bersetuju untuk di ambil gambar dalam keadaan separuh bogel, bila dah macam tu, si ‘pengarah filem’ ini suruh wanita itu buat pilihan, samaada nak oral seks, atau kena rogol, tak payah cerita apa jadi, wanita ‘cantik’ sila berhati-hati bila di puji…
  • Jumpa kali pertama tak pegang, tak ambik kesempatan, wanita tu mulai percaya itulah lelaki beriman, jumpa kali ketiga kena rogol beramai-ramai..
  • Sedang aksyik bercumbu dalm kereta, datang sekempulan pendatang asing pecahkan kereta, belasah lelaki dan rogol aweknya depan lelaki tadi, (moral, jangan dating dalam kereta..)
  • Seorang dreber bas yang matanya selalu melihat masyarat terasa stim tengok pakaian anak anak muda, bila ada peluang di rogolnya penumpang yang bertudung kerana hanya mereka berdua ada dalam bas.
  • Di waktu pagi, cuaca sejuk, zakar lelaki akan tegang, so ada yang kena rogol bila berjogging di waktu pagi… jangan jogging seorang diri
  • Pasangan berkhalwat di serbu lalu ada pasangan yang sembunyi di luar tingkap dengan bergayut pada selimut, tapi terlucut lalu jatuh dan jadi mayat dalam keadaan yang cukup mengaibkan..
  • Pengawal keselamatan yang duduk dalam pondok seorang diri dah puas melancap, bila ada peluang nak rasa nikmat sebenar, so budak sekolah yang bersendirian jadi mangsa..
  • Emak benarkan bapa rogol anak dengan alasan takut suaminya kahwin lain…
  • Dan lain lain...
Walau macam manapun, kita tak boleh hina mereka, mereka berdosa kerana ada peluang, iman rosak dan nafsu menguasai diri, jika kita sombong, Allah sangat boleh buat korang yang pandang hina pada mereka terlibat dengan dosa yang sama macam mereka-naduzubillah..
Apa yang telah terjadi, dah terjadi, bertaubatlah, kembalilah kepada Allah dengan sebenar benar taubat, Allah Maha Pengasih dan Penyayang untuk mereka yang menangis berlutut dan bersujud asalkan korang tiada syirik, sebelum jadi mayat…., kembalilah kepada Allah..
Lagu:
Terimalah kembali wajah ini...
Jangan terus membenci Sampai mati...
Sedang hari berganti kau mengerti...
Sedang masa berganda kau berasa..
Aku manusia
Pelapor cerita
Di pementasan alam ciptaan Nya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan
Aku manusia…
(lirik lagu amuk)
Sesesungguhnya manusia itu memang tak boleh tahan dengan ujian seks ini, kecuali yang kuat imannya, sebab tu ada golongan yang di tempatkan di bawah arays Allah dengan sejahtera di akhirat kelak kerena mereka di dunia dahulu adalah golongan yang menolak zina dengan berkata “kami takut kepada Allah”walaupun di goda oleh wanita cantik lagi bangsawan…
Beruntunglah lelaki itu dan beruntungkah wanita yang berkahwin dengan lelaki itu dan beruntunglah juga wanita yang sudi BERMADU dengan lelaki ahli shurga itu….
Korangpun biasa dengar kisah seorang wali Allah iaitu ahli ibadat yang hebat ibadatnya tapi akhirnya tersungkur di kaki wanita(berzina) dan mati masuk neraka…oh!
(cerita detail-boleh rujuk kitab dan ustaz)
Juga cerita malaikat yang mempertikaikan taubat seorang manusia lalu Allah menjadikan 2 malaikat itu sebagai manusia tapi kesudahan ceritanya mereka juga tersungkur di kaki wanita(berzina) lalu di azab sampai sekarang..
(rujuk kitab Harut dan Marut)
Huh! Malaikat yang telah melihat alam ghaib boleh tumpas dengan ‘senjata setan', maka apatah lagi aku dan korang..
Maka untuk mengatasi masalah SEKS ini aku nasihatkan korang dan aku sendiri agar kita:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT-bersolat, berpuasa, berzikir, berdakwah)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..
Dan kalau tak mampu juga..
Jalan Penyelasaian yang terbaik untuk masalah SEKS kerana dapat sempurnakan separuh ugama dan juga sunnah Nabi SAW..
Jawapannya adalah:
KAHWIN…
----------
Kesimpulan kepada masalah Kahwin:
Pada mulanya, aku nak fokuskan kepada andartu andartu sekalian, aku rasa lebih satu juta wanita kat Malaysia ni yang berumur 30 tahun ke atas tapi masih membujang., dan inilah golongan terbesar membujang., ada antara mereka yang jelita macam top model dan kaya macam ah-long serta berkejaya macam menteri menteri tapi masih membujang atau dah jadi anak dara tua, kenapa ye?
(manalah aku tahu!!)
Tapi, rata riti, kajian yang aku buat (setelah bertanya 4, 5 orang andartu), antara jawapan yang paling di gemari oleh para andartu sekalian adalah:
“Kurang atau tiada lelaki yang bertanggungjawab yang boleh di jadikan suami..”
“Lelaki ramai, tapi jika tak bertanggungjawab, nak buat apa?”
Nampaknya masalah ini berpunca daripada lelaki..hmmm, mari kita tanya kenapa lelaki-lelaki ini tak nak berkahwin, rata-riti, jawapan dari lelaki walaupun umur dah cecah 30 tahun adalah:
“nak enjoy dulu,”
“malaslah nak ada komitmen, “
“alahai, lepaklah, masa bujanglah nak nikmati hidup..”
“life begin at 40..”
“anak, lampin, susu.., tak sanggup..”
“biar ekonomi stabil dulu..”
Hmmm, kesian para wanita, patutlah membujang sampai ke tua, yang lelaki ni belum puas menikmati alam remaja rupanya, macammana nak bagi komitmen kalau kahwin awal, jiwa muda, nak race motor, nak make-up kereta, nak upgrade gadjet, nak kasi naik Amp speaker, nak beli home theater, nak itu nak ini,?, kalau aku tanya yang berumur 20 an, lagilah nak enjoynya…ish ish ish.,
Lepas tu pulak, yang lelaki ni bila dah sampai tahap matang, dah puas enjoy, masuk umur 35 tahun ke atas, baru ingat nak kahwin, dah tu pulak, nak kahwin dengan yang cantik jelita dan mesti anak dara sweet 18, paling kurangpun 25 tahun ke bawah, hmmm, nampaknya makin bertambahlah keahlian tak rasmi para andartu….
Tapi jika korang tinjau anak dara 18 ke 25 tahun sekarang ni, boleh ke buat bini? Boleh ke jadi mak budak? Umur dah 25 tahun tapi tidur malam peluk anak patung teddy bear, hari minggu bangkit jam 11 pagi, lepas tu update lagu, pakai baju macam budak tadika,
Tu belum suruh masak, cuba buat tom yam tengok?, abang nak makan, huh, setakat air serai panas bergaram, akupun boleh buat, suruh masak telur separuh masak, apa jadi? Tu belum masuk bab mengemas lagi, ish..ish..
Dan kerana faktor di ataslah, maka kat Malaysia ni ramai yang masih bujang, yang perempuan muda tak pandai bawak diri, yang lelaki tak puas nak enjoy, yang andartu, takde yang sudi..last last, apa jadi?
Ya! Jangan tipu diri sendiri, semua orang ada kemaluan, dan semua kemaluan ada keinginan, kerana itu sekarang gejala seks bebas, seks luar nikah, seks rakan sebaya, pesta seks, seks pistol, oral seks, seks sekolah, seks ITP, seks neraka, neraka jahanam dan blab la blab la begitu dahsyat sekali…
Berita buang anak kat masjid sudah basi, dahlah masjid tak hidup 24 jam, di buangnya anak kat situ, buanglah kat 7 eleven ke, balai polis ke, stesen ASTRO ke, atau klinik 24 jam ke, tak lah jadi mayat budak tu…, apa nak jadi korang ni???, jadi mayat jugak akhirnya!!!!
Aku dah penat membebel.., dengan font size 12, gaya tulisan Comic sans dan kertas bersaiz A4, aku check dah 19 muka surat, giler aku menulis sepanjang ini..,
Cuma macam ni, tentang masalah jodoh ini, sekarang korang masukkan kertas bersaiz A4 dalam printer korang, korang print dan pos kan kepada awek atau balak atau seseorang dengan tajuk:
“KENAPA AWAK KENA KAHWIN SECEPAT MUNGKIN DENGAN SAYA”
Kemudian, korang taruk intro:
Asalamulaikum
Ke hadapan saudara/saudari yang saya minati..
Saya telah lama memendam perasaan untuk memiliki saudara/saudari
Tapi takut jika saudari bagi alasan sibuk belajar/kerjaya tak stabil/muda dll
 (korang taruklah sendiri)
Sebenarnya semakin lambat kita berkahwin semakin rugi kita dalam ibadat dan takut semakin banyak dosa kita dalm maksiat,
Maka saya yang ‘air telah nak kepala ini’ suka sekiranya saudari membaca enrty yang di copy paste dari blog keretamayat
 (he he he, sempat promote)
Kemudian korang masukkanlah entry ini…, arghh, lantak koranglah nak buat macam mana formatpun, yang penting aku halalkan korang untuk copy entry ini untuk mengajak pasangan korang buat masjid, dan jangan lupa bila dah kahwin kelak kena bagi aku hadiah..ha ha ha!!!!
Sekian terima kasih…., (menguap) mengantuknya..
-----------------------
Ps: Salam Sayang dari Fadhil :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...