Saturday, December 29, 2012

Ceramah KPP

Assalamualaikum and hi

Alhamdulillah, selesai ceramah kpp gua harini. Memang seronok betei dengar penceramah tu cerita pasal masalah pembuangan bayi. Eh apa kena mengena? Pelik bukan. Bukan je, banyak lagi benda yg merepek yg penceramah tu merepek macam kerepek. Okay secara jujur nya gua bosan gila nak arwah dengar ceramah yang bagi gua, gua tak perlu pun dengar. ((ayat poyo sikit)) Nasib baik dia balik awal sikit. Start ceramah pukul 9 setengah then habis pukul 1 setengah, tolak rehat setangah jam. So overall 3 jam setangah je ceramah. Syukur. Kalau tak habis pukul 2 setengah. Memang muntah pelangi la gua kalau ceramah tu bebetul habis pukul 2 setengah.

Lepas ceramah tamat, gua pun balik rumah dan berhibernasi.

Malam tu gua ada pergi kenduri berkhatan rumah kawan ayah gua dekat Sijangkang. Bila gua sampai serious gua terkejut siaa, majlis berkhatan dah macam majlis kenduri kahwin anak tunggal. Gua dulu tak buat pun kenduri berkhatan ni but ada la orang yang datang ziarah gua. Antaranya sedara mara dgn jiran sebelah rumah. Dapat lah duit sikit dalam seribu dua. Heh poyo sikit.



Sorry makanan dah habis. Gua lapar sangat tadi sampai terlupa nak ambik gambar. Tapi gambar ni okay what? Tissue. haha


Okay, gua penat. Hari pun sudah malam dong. Gua keluar dulu. Bye Assalamualaikum. *tutup tirai*


Markah Koko SPM 2012

Assalamualaikum and hi

Semalam masa gua berangan, tetiba phone gua berbunyi *ting* gua check rupanya ada mention masuk. Kawan gua bagi link untuk check markah koko. Gua pun dengan excited nye pun aduhai masukkan ic number gua. Sekali gua check, terperanjat beruk gua. Markah koko gua 6 point something. Kepala bana dia, gua ni dah la aktif nak arwah dekat sekolah dapat tu je. Gua punya lah hangin, gua pun check makwe gua punya markah. Gua bertambah hangin lah bila dia punya markah lagi tinggi daripada gua. Dia takde lah tak aktif sangat kot. Gua cuba untuk relax. Gua check pulak kawan gua. Hangin gua bertambah dgn mendadak bila mostly kawan gua dapat above 7. "Shit!" perkataan taik tetibe keluar dari mulut gua.

Kalau korang nak check boleh pergi sini. Tapi ni untuk batch 95's.

Okay lah gua nak bersiap. Gua nak pergi kursus lesen 6 jam. kematu lah bontot gua dekat situ. Ayam betei. okay bye

Friday, December 28, 2012

Trip To Terengganu

Assalamualaikum and hi

Trip ni awal bulan masa tu gua pergi masa pesta konvo haritu. Lama gua tak pergi Terengganu. Banyak perubahan woks tapi stadium runtuh tetap macam tu. Tadak perubahan langsung. Cuba lah baiki ke apa ke, ni memasing lepas tangan. Dulu kemain bangga sangat dgn stadium tu. Okay lah, entry ni bukan gua nak cerita pasal stadium je. Banyak lagi.

Banyak tempat menarik senanya dekat Terengganu ni. Ni pun gua baru pergi 1/3 daripada tempat tempat menarik tu. Antaranya Masjid Kristal, Masjid Terapung, Heritage pebende entah yg dekat tgh laut tu, pasar payang, dan sebagainya. Sila visit Visit Terengganu for more info. Cehh promote. Hahaha

ni nama dia pasar payang. kang anak tanya pasar payang yang mana satu jgn cakap tak tahu pulak. malu je nanti.
 p/s: pasar payang the left one. yg ada banyak motor. depan dia tu lah pasar payang.

Haa ni satu lagi tempat menarik dekat Gong Badak, Terengganu. Dia jual semua jenis seafood goreng tepung. dari ikan sampai lah ke udang semua goreng tepung. Gua lupa apa nama gerai dia. Dia buka dari petang sampai malam. Tapi gua rasa gerai dia memang famous dekat gong badak ni. Setiap hari mesti penuh. 


ni biasa lah korang tengok kan? Masjid Kristal. Bak kata budak-budak twitter "Dah mainstream sangat" 

Ni funfair yang ada masa pesta konvo dekat UDM. Benda ni ada setahun sekali ke tahu.

Ni ler konvo yang gua cakap tadi. UDM konvokesyen. Dia buat dekat Stadium tertutup depan stadium runtuh. Apa entah nama stadium dia. Sila google.

Siapa belajar sejarah dia tahu lah batu ni batu apa. Batu bukan sebarang batu. 


Haa syok kan? Sebenarnya banyak lagi gambar. Tunggu part 2 pulak eh. Okay bye assalamualaikum

Thursday, December 27, 2012

Kenduri 7 Malam. Puas Beb!

Assalamualaikum and hi

Alhamdulillah, selesai dah kenduri tahlil arwah moyang gua. Tujuh hari tujuh malam tu tu woks. Tujuh malam je senanya. Hiperbola lebih gua ni. Hahaha. Alhamdulillah, gua pergi 4 malam je. Lagi 3 malam gua ter-beradu dengan tidak sengaja. Tadi lah yang paling meriah, orang sampai ada yang makan berdiri. Tak cukup kerusi punya pasal. Gua pun terpaksa makan cangkung. Tapi disebabkan makanan yg dia hidangkan makanan peberet gua, gua peduli apa.

Macam biasa lah, bila kaum hawa bertemu jiwa memang takkan terpisah dgn gossip yg entah apa apa. Kami buddyz gituww. Lol wtf. Gua terpaksa ikut dengar dorang gossiping. Perempuan oh perempuan.

Okay lah gua blah dulu. Masa beradu gua dah lewat sejam. Kena ganti esok pagi ni. Assalamualaikum.

27 Dec : Birthday, Azam Baru

Assalamualaikum and hi

Sekarang 27 December 2012, walaowehhhh lagi 4 hari je tinggal untuk tahun 2012 ni. Rasa macam baru semalam masuk kelas tingkatan 5. Time flies so fast. Biasa lah tu, dunia dah nak kiamat. Gua ada baca antara tanda tanda kecil kiamat, sehari rasa macam sejam, seminggu rasa macam sehari, sebulan rasa macam seminggu, setahun rasa macam sebulan *lebih kurang macam tu lah ayat dia.

Selain tu, gua nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada cousin gua, wawa. Eh macam rhyme pulak. Hahaha. Semoga panjang umur murah rezeki. 

Birthday girl yang sebelah kanan sekali. Gua jangan tanya lah yg mana satu. Mestilah yg tgh naik arnab.


Okay since new year dah dekat, boleh lah mula dari sekarang dah boleh cari azam baru. Azam yang korang nak capai. Azam lama tu boleh pergi jahanam. Cari azam yang boleh mendatangkan faedah. Contohnya, ni azam gua, gua nak pergi masjid setiap waktu. Cehhh, haha Insyaa Allah gua akan buat. 

Now dah pukul 2.30. Gua tengah tunggu battery phone gua ni penuh lepastu gua nak pergi memancing. Pakai smartphone ni memang menguji kesabaran betei. Battery drain cepat nak arwah. Memang kena make sure penuh if nak keluar rumah. Okay cerita pasal mancing, gua sebenarnya dah lama tak memancing ni. Memancing awek pun dah lama tak buat. hahaha gurau je. 

Gua rasa gua last memancing masa gua for 3 kot. Masa tu gua pergi dgn ayah gua. Masa tu boleh dikatakan kalau gua singgah port je mesti dapat habuan. Tak sia sia. *bangga jap sambil ketawa sopan*. Jap lagi nak try power lagi tak skill gua memancing ni. Hahaha. Banyak dah gua dengar orang cakap memancing ni membazir masa lah membazir duit lah apa lah tp gua rasa memancing ni banyak pekdah nya. Antaranya gua dapat release tension, dapat belajar bersabar, dapat pengalaman dan macam macam lagi lah.  

Okay lah, jam pun dah nak pukul 3. Gua nak bersiap dulu. Assalamualaikum.







Wednesday, December 26, 2012

Onani? Kebaikan atau keburukan? (18SX)

Gua tau kalau gua post tajuk ni mesti ramai je click. Memang lumrah manusia suka mengambil tahu.

Onani atau dalam bahasa melayu 'Masturbation' ((cehh cliche)) atau dalam perkataan yg lagi famous melancap ni sebenarnya elok ke tak elok? Sebenarnya dua dua ada, kebaikan dan keburukan. Gua cerita pasal kebaikan dia dulu. Baru korang rasa macam 'whoaaaaaa'

1. Onani adalah perkara biasa yang dialami oleh hampir kesemua lelaki.

2. Onani juga boleh menjadi ubat kepada insomnia. Wahh gempak bukan?

3. Dengan onani juga kita dapat merasai kenikmatan seksual tanpa melakukan persetubuhan.

4. Masturbasi ini juga selamat dari penyakit HIV.

Okay now gua nak cerita pasal keburukan onani ni



1. Boleh mempercepatkan pancutan pra matang. Nanti isteri baru nak enjoy kau dah penat. Kan sedih.

2. Boleh mengeringkan sperma yang ada dalam testis. Cuba bayangkan kau tiap hari melancap lepastu satu hari keluar angin je macam kentut. Tak ke malu nanti dengan isteri. lol

3.  Zakar akan menjadi lemah macam jelly. Lol macam jelly tu saja gua tambah.

4. Haram disisi Islam. Gua pernah dengar orang yang melakukan onani ni Allah takkan terima amalan dia selama 40 hari melainkan dia bertaubat dengan taubat nasuha. Nauzubillah.

5. Si peng-onani mudah merasa letih. Nanti baru angkat barang sikit dah letih. Acane? kan susah.

6. Onani juga akan merosakkan organ2 yg penting dalam badan seperti otak, perut, hati dan jantung. Wahh, complete set.
4 in 1.

onani juga cenderung kepada sakit mental


Dan banyak lagi sebenarnya keburukan dia. Gua tulis pepanjang kang nanti kau bukan baca. So, gua cadangkan korang tu yang gatal tangan tu stop lah buat benda tak berpekdah ni. Membazir je. Baik pi derma dekat sperm bank. Lol no gurau je. Dosa kot derma derma sperm. Simpan jelah untuk isteri nanti.  Kalau nak tahu cara-cara nak stop melancap click sini.

Wordless Wednesday (Last Wednesday of 2012)

Harini gua bangun tidur, check jam dah pukul 6.30 then gua tunaikan kewajipan gua lepastu gua ingat nak sambung balik tidur. Tetibe gua teringat gua nak pergi daftar lesen harini. Fuhh, mood tetiba bertukar gembira dengan drastik sekali sebab gua dah besar! Boleh ambik lesen dah. Sounds cliche.. Hahaha.

Lepastu gua pun bersiap then baring kejap sementara tunggu pukul 8 pagi. Tetibe kan......((saspens sikit)).......gua baru ingat yg gua lupa nak minta duit dekat ayah gua!! Gua rasa macam nak *tutttt* *tutttt* *tuttt*.  Sampai sekarang gua rasa macam gua dah buang masa seminggu untuk ambik lesen. Kaf lam ya nga betei la. 

Gua rasa gua nak ambik lesen layang la. Eh layang ke? ke lesen bayar? Ah whatever lah nye pun aduhai. Diorang cakap kalau ambik lesen ni pun boleh cepat sikit dapat lesen nya pun. Kalau ambik normal ikut procedure memang lepas ambik result SPM pun tak siap lagi lesen gua nya pun. Acane nak jenjalan nanti nya pun kalau takde lesen pun? Nak melencong pun nanti senang eh melancong lah aduhai. Tapi bila gua fikir balik ha, macam berdosa je ambik lesen layang ni kan nye. Ye lah pun, itu pun dikira anggap macam nye rasuah lah jugak kan aduhai? Takpa nye, gua akan cuba kuatkan iman utk tak cuba try test ((typical malaysian)) ambik lesen layang tu pun. Hahaha pening baca? 

Matahari terbenam dekat pantai morib.

Bila post pasal gambar sunset ni tetibe gua teringat masa dulu gua selalu jugak post gambar photography yang gua ambik dari guna compact camera, camcoder sampai lah semi-pro camera. InsyaaAllah nanti gua cuba untuk try post gambar yang gua ambik. Gua ni bukannya pro tapi kalau setakat nak ambik gambar rama rama tu boleh la. Hahahaha. Okay gua nak tgk berita jap. Assalamualaikum.




Tuesday, December 25, 2012

Al Fatihah Hajah Tugirah

Gua rasa gua tak terlewat lagi untuk post article ni even moyang gua dah 4 hari meninggal. Dia meninggal masa hari jumaat pukul 9.40 pagi. Gua ada dengar orang cakap orang yg meninggal hari jumaat ni dia terlepas dari siksa kubur. Moyang gua ni pun dah tua sangat. Umur dia dah 90 something. The accurate age cannot be identify. So biarlah dia berehat dialam sana dengan tenang.

Moyang gua ni pun masa hayat dia, dia ni seorang yang pemurah. Kalau anak cucu dia bagi duit dia tak pegang duit tu, dia terus bagi dekat sesapa yg dia nak. Dia ni jenis yg tak suka pegang duit. Tu lah sifat dia yang gua respect sampai akhir hayat dia. Even gua pun takleh buat gitu. Kalau gua, dapat duit terus masuk kocek pastu cepat cepat pergi bank, cash deposit terus dekat account gua. Huhuhuhu *gelak sinis*

Eh jap. Gua rasa gua ada gambar dia. Jap jap jap gua cari.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alaa takde lah. Gua rasa gua dah delete. Maybe dalam computer usang gua yang dah lama tu ada kot. Okay lah gua blah dulu. Mak gua dah nagging sebab kunci kereta hilang. Bye assalamualaikum.

Wednesday, December 5, 2012

Pesta Konvo

Lepas habis espiyem ni busy kemain mengalahkan perdana menteri. lepas habis espiyem je terus balik kampung dan bertapa dekat sana seminggu. memang seronok tak terkata lah. terkena pulak masa musim durian, perhhh memang terbaik ah. nak cakap buah durian tu, bersepah dekat rumah atok aku. main campak campak je. heaven gila bagi hantu durian tapi nasib baik aku bukan hantu durian. kurang ah sikit heaven dia tu. okay lepastu aku nak cerita aku pergi konvo yang superb best. Satu dekat unisza and one more dekat uitm. Keseronokan dia macam seronok sangat je. Haha faham tak ayat aku ni?
durianssszzz. muak do aku tengok.

pakcik gua yang konvo dekat unisza terengganu



auditorium dia kemain besaq weh.  

disebabkan aku jadi jurugambar tak berbayar, dorang bagi mandat 
dekat aku untuk masuk dalam auditorium.

lautan manusia dekat luar auditorium 

find me...

congratulation! you've received your degree.


and this is the another convo which was held at uitm






le me lulz









So itu jelah gambo yang ado. i have to go. busy memanjang padel ni. bye



Tuesday, November 27, 2012

Its Over!

Assalamualaikum,

"WOI ITS OVER WOI!" "APA YANG OVER WOI?" "SPM LAH MAKCIK" ini ayat yang keluar dari mulut aku tadi semasa aku mengadakan perbincangan dengan makcik aku. Skema nya ayat. Lama siaa tak update blog ni. Rindu nak express mah feeling here. Acah acah ayat pompuan blogger.

Nak dekat senulan woi tak bukak blog ni. Takde lah lama sangat sebulan tu. Rasa macam baru semalam start exam. Nak citer ni. Nak dengar tak? Haa nak dengar diam. Seminggu sebelum exam, aku hampir mati. Mata kena infection virus ayam goreng. Habis berair mata aku. Aku rasa masa tu aku setiap masa aku nangis. Macam baru putus cinta. Cewahhh haha

Brand new eye *katanya

Since SPM was over, aku ingat nak tidur sehari suntuk. Tapi nanti kalau aku tidur tak bangun bangun dah, tolong maafkan dosa aku eh. Aku hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kutukan biasa ataupun luar biasa.. Eh macam familiar je ayat ni kan. Hahahahahahaha sorry if aku banyak gelak. Happy sangat SPM dah habis. Tapi lepas ni mesti aku rindu sekolah. Haihh ni lah part yang aku tak suka.

I have nothing to say dah. Aku expect lepas sebulan, banyak yang aku nak tulis tapi sebaliknya. Akhirul kalam, kurangkan kontroversi tinggkatkan immunity. Assalamualaikum.

Wednesday, October 17, 2012

Last Update

Assalamualaikum,

Lama aku meninggalkan dunia blog ni sendirian tanpa di updates. Pehh skema sia. Actually,aku busy gila. Ni pun curi masa tidur sikit nak update blog ni. Sila terharu. Okay dah, Ass Pee Emm lagi berapa hari? 16 hari. What?! 16 hari. Lama lagi. Lek lu, shisha dulu, karaoke dulu, wayang ke. Haha defak. Now ni tengah dalam proses pecutan terakhir. Cehh nama cam gempak 'Pecutan Terakhir' tapi idok senanya. Gempak sikit kot sebab cikgu pun dah start bagi module gila banyak nak arwah lepastu kena siapkan dalam sehari. Sumpah best. Best sebab apa? Fikir sendiri.

SPM pun belum start lagi aku dah fikir apa nak buat lepas habis paper last nanti, paper Biology. Lepas tu heaven dah hidup. Buku boleh jual lelong. Siapa nak, boleh mai contact aku. Tapi nanti lah, lepas November 27. Aku bagi harga murah punya. 70 percent less than in the bookstore. Buku tiptop baru beli tahun ni. Start belek 2,3 bulan lepas. Memang comey lagi ah buku tu. Siapa yang berminat boleh contact 017-paaadel. Eh tetibe promote jualan. Sorry lah. Tengah berlatih nak jadi promoter lepas SPM nanti. Miahahahagaga

Paper aku habis pada hari Selasa 27 November bersamaan 13 Zulhijjah. Kepada yang ambik TK,LK,Geo and sport science sila jealous. Tidak terlupa juga kepada penghuni Teknik dan Vokasional. Kahkahkah. Bulan dobelas tu aku dah enjoy karaoke, wayang, vacation dengan member kononnya. Vacation dengan member tu since PMR lagi dah plan tapi cam vangang sebab plan nak gempak je tapi duit takde. Cibs apa en.

Sedar tak sedar dah pukul 12.30 pagi. Kalau nak tulis je sampai subuh nanti tak siap. Aku stop dekat sini dulu. Entah bila lepas ni aku nak update lagi. Ni yang terakhir kot before exam. Lepas exam nanti tiap tiap hari aku update sampai orang jemu nak baca blog ni. Okay bye bye.

Ya Allah permudahkanlah penulis blog ni menjawab peperiksaan SPM nanti dengan tenang. Berikan lah dia petunjuk dan hidayahMu. Aminn

Terima kasih lah dah doakan aku. Kalau ikhlas dapat pahala. Cukup 40 orang baca doa tu insya-Allah makbul. Terima kasih terima kasih terima kasih. Assalamualaikum bi khair.

Monday, September 17, 2012

#MySyg

Assalamualaikum,

Belum terlewat lagi rasanya untuk aku wish "Happy Belated Birthday to Malaysia". Actually, birthday Malaysia 16 Sept. and pahal still ada orang cakap Happy Birthday Malaysia on 31 August. Tak concern langsung. Cehh aku ni cakap macam concern sangat je pasal negara Tanah Tumpah nya Darahku.

Basically, Malaysia is a nice country but the politics ruins it. I admit it without politics our nation can't growth but wgaf? Kalau politics tu berdasarkan musyawarah antara parti parti politics lain confirm takde lah nak pijak pijak gambo pm. Tapi tu lah masalah dia, selfish yang ada dalam diri setiap puak parti yang memecahbelahkan rakyat Malaysia. If only we can unite, people won't step on our leader liddat. Pathetic to see that.

Okay harini got tuition at 8.30 am. Since saturday, tucen 8 hours and sunday 4 hours and today another 4 hours. Blerghh. Mindfuck. Boleh bayangkan tak study 8 jam acane? Pehh berak 10 kali tak habis lagi. Serious talk ni. Tapi disebabkan SPM yang tinggal 48 hari jewww lagi tu, terpaksa lah aku pergi jugak even boleh terberak 10 kali. Nanti dah lepas SPM enjoy lah till die. Nobody gonna stop you.

Okay jam sekarang dah menunjukkan pukul 8 am. Imma prepare nao. Babaisss.
Assalamualaikum.

Tuesday, September 11, 2012

Fuhh Berhabuk

Assalamualaikum,

Fuhh fuhh *lap screen* berhabuk dah blog ni. Biasa lah busy. *Kononnya Last update masa bulan pose right? Ingat nak update pasal raya tapi macam malas nak masukkan gambar dalam laptop pastu nak upload. Ahhh leceh. Baik upload masuk pesbuk je. Direct dari phone, kan senang.

Now aku tengah trial spm, perghh cuak bukan? Rasa macam dah dekat je spm, act memang dah dekat pung. Ce tengok dekat sebelah kanan bawah blog ni, aku dah countdown spm. Semangat bukan? Dalam pada masa semangat tu, ada jugak rasa cuak.

Okay since today UPSR dah start, i would like to wish All The Best to all UPSR candidates. Do your best. Apa yang penting jangan meniru! Meniru tu kan tak elok. Eh *tetibe terasa* Muahahaha and jangan lupa wish for my trial result. Saya akhiri ucapan saya dengan gelak yang terikhlas HAHAHAHAHA. K motif?

Babai. Assalamualaikum.


Friday, August 10, 2012

Assalamualaikum

Now dah puasa ke 23. Lagi 7 hari nak Raya lepastu trial lepastu eSPieM. Wadepak? Time flies so freaking fast. Rasa macam baru semalam daftar Tingkatan 1 -___-
Anyway aku dah boleh start countdown until trial. Orang cakap "Alahh trial je pun, nak masuk UPU bukan guna trial" tapi aku still cuak macam trial tu SPM sebenar. Noob bukan? Tapi peduli apa haku. Nanti yang menangis/melompat/meraung time dapat result bukan kau tapi aku.

Okay stop pasal SPM here. Now nak cerita pasal Raya. Tahun ni aku raya dekat Banting sebab tahun lepas dah raya dekat Pahang. Macam biasalah gilir gilir. Raya dekat Banting boleh siap dalam sehari je semua rumah sedara mara dekat sini. Selalunya if raya dekat Banting tengah hari raya pertama dah balik kampung. Tapi if raya dekat Pahang, raya ketiga or keempat baru balik banting. Haa nampak tak ketidak adilan dia disitu? Apa pun tu sume tak penting, apa yang penting? DUIT RAYA! Orang cakap bila umur dah menigkat duit raya pun menurun. Inversely proportional. Aku ni nak kata tua tu takde lah tua sangat. Muda yang teramat. Tapi kenapa duit raya dah start dapat ciput je. Kalau dulu dapat beratus ratus, kekadang sampai beribu but now? Nak dapat 400 pun susah. Mungkin faktor malas nak jenjalan rumah kawan sebabtu dapat sikit? Dulu masa kecik2 masa raya semua rumah kawan kalau boleh nak pergi even orang yang tak pernah tegur dekat sekolah pun pergi rumah dia. lol i miss that moment.

Okay now, saya nak pergi tandas. Byebye.

Psst: Sorry if ayat macam bangang sikit sebab menahan sakit perut ni.

Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday : Productive day

Assalamualaikum,

Harini dah masuk hari ke-18 berpuasa. Dah bertengahan ramadhan. Selalunya mesti dah ramai yang dah beli baju raya. Semangat kemain tapi puasa malas.
Macam biasa lah kan, tadi aku pergi library. At first aku ajak atillah pergi sesama tapi dia tak reply text aku. Aku dengan perasaan hampa lagi sedih terus pergi jelah even dah pukul 3.30.  *Ecehhh konon sedih hampa. Sampai je pintu pagar library aku ternampak Encik Abdullah Sani. Wohooooo! Petanda baik ni. Petanda anak dia ada dekat dalam. wkwkwkwkwkwkwk
Lepastu kami pun lepak bersama sama macam pasangan yang baru berjumpa setelah sekian lama tidak bertemu. Skema tak ayat aku? Harhar. Mula mula ingat nak study sesama tapi bila 2 hati dah bertemu, tengok buku sejarah dah maca buku biology. Masuk telinga kanan, keluar lubang hidung kiri, masuk balik lubang hidung kanan baru keluar telinga kiri. Pelik bukan?
Study punya study *kononnya* tak sedar dah pukul 5. Pekerja dekat library pun dah bagi isyarat untuk halau kitorang blah. Mula mula padam aircond, lepastu padam lampu. Aku dah faham lah kalau dah padam lampu memang diorang kita blah sebab diorang nak blah pergi bazaar letew. wkwkwk. Aku pun blah. Lepas blah dari library tetibe aku teringat pesan mak aku yang tercinta "Nanti tolong basuh kereta". Haihh dah pukul 5.30 ni, nanti tak sempat pergi bazaar, makanan habis nanti acane? Makanan je yang ada dalam otak aku masa tu sebab tu aku kurus. Lulz
Dalam masa teringat makanan tetibe aku teringat dekat atillah. Even we just met tapi aku dah rindu gila dekat dia. Mengada bukan? Macam mintak penyepak bertubi tubi kan? Ok
You know what? Ada girlfriend yang lawa ni akan buat kau insecure 24 jam tanpa henti. Yelah, dia dah lah lawa, comel, gojes, enchant. Petik jari je 10000 datang. Mana tak insecure, aku ni dah la hodoh, gemok, fatty lazy bij, kurang pandai haa apa lagi? Okay cukuplah sampai disitu.

Aku rasa macam nak tidur ah kejap. Sampai dekat sini je ah hujah aku. Baibai :)


Psst: Anyway thanks for spending your time with me :) Lebiu 

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday - New History

Assalamualaikum,

Hari ni aku buat satu lagi sejarah yang pelik lagi mengada. First time aku puasa lama sejam dari orang lain.
At first, aku ingatkan nak buka dekat Surau apa entah nama dia dekat Taman Kemuning sebab kawan aku punya kawan punya mak ada buat jamuan berbuka. Haaa faham?

Ingatkan nak blah dari rumah dalam pukul 7.15 tapi pukul 7.28 baru gerak. Aku rasa macam pffffffffttttttttt. Ni semua sebab Dejavu di Kinabalu -____-' Ammar ke Bazli? Kemain excited aku tengok cerita tu sampai lupa aku ada event dekat luar.

Nak dipendekkan citer, aku pun gerak lah pukul 7.28 tu dari rumah dengan perasaan aku sempat sampai dekat surau pukul 7.30. Konon macam surau tu depan rumah aku je ingat nak sampai dalam masa 2 minit. Aku bawak kereta macam bawak ambulance. Laju tu takde lah laju sangat, 100km/h je. So aku sampai masjid dalam pukul 7.32. Ada satu lagi masalah bila sampai dekat surau. Orang! Orang dah ramai gila lepastu tempat duduk macam dah penuh. Takkan nak jalan macam orang takda muka lepastu terus duduk? Gila. Memang takkan ah. Aku pun blah dari situ terus pergi masjid yang sebelah rumah aku. Ingatkan nak balik rumah tapi malas ah sebab lepas makan dekat masjid boleh terus solat. Kalau dekat rumah? Pukul 8.20 ah citer dia baru nak solat.

Sampai dekat masjid sebelah rumah aku, aku orang pertama yang sampai. I mean orang lain pun ada tapi diorang tengah makan. Sekali lagi aku kena benda yang sama. Aku nak makan tapi semua orang pandang aku masa tu macam aku ni retis. lol aku pun nak cover malu terus pergi ambik air semayang. Konon macam dah tak sabar nak solat padahal iqamat pun belum lagi. Tak lama lepastu bilal pun iqamat then terus semayang. Lepas semayang aku jadi orang pertama blah dari saf then terus pergi dapur masjid. Perut masa tu lapar yang teramat. Baru makan sikit imam dah baca doa. Lepas habis baca doa aku pun balik. Sampai je rumah terus pergi dapur dari makanan. Fuhh aku pun terus melantak. Lapor gila kot.

Tapi ini semua pengalaman. Bila difikir fikir kan balik ada hikmah disebalik semua ni. Selalunya banyak makanan yang tak makan dekat rumah. Membazir macam tu je. Tapi hari ni habis semua aku makan. Kuranglah sikit pembaziran. Orang dekat Somalia, Afrika takda makanan pun nak makan masa berbuka. Aku ni rasa macam bersyukur sangat dapat nikmat Allah yang tak tercakap banyaknya.

Okay i got to go. Nak Solat Tarawih. Babai <3 p="p">

Monday, July 30, 2012

Seluar/Kain labuh batal solat?

Assalamulaikum,

Entry ni khas untuk kaum Adam. Kaum Hawa pu boleh sebenarnya. Nanti senang nak nasihat dekat suami, anak, pakwe, ayah, atok, ayah mentua dan pakcik.
Persoalannya sekarang ni boleh tak solat dengan seluar atau kain di bawah mata kaki? Mata kaki tu buku lali. Biasa lah orang dulu dulu, suka dia je nak bubuh nama apa.
Dalam Islam masalah ni dipanggil Isbal.


“Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ketika ada seorang lelaki yang solat dengan mengenakan pakaian secara Isbal, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepadanya, “Pergilah dan ambillah wudhu’!” Lelaki itu pun pergi dan berwudhu’ semula. Kemudian dia kembali datang dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kembali berkata, “Pergilah dan ambillah wudhu’!” Ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, mengapa kamu menyuruhnya mengambil wudhu’ semula?” Dia (Rasulullah) diam untuk beberapa ketika, kemudian berkata, “Sesungguhnya tadi dia melakukan Solat, sedangkan dia memakai pakaian dengan isbal (melabuhkan pakaiannya melebihi mata kakinya (buku lali)). Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang lelaki yang memakai pakaian dengan isbal.” (Hadis Riwayat abu Daud di dalam kitab as-Sholah, bab al-isbaal fii as-Sholah, 1/172, no. 638. Juga di dalam Kitab al-Libas, bab maa jaa’a fii isbal fii as-Sholah, 4/57, no. 4086. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/67, an-Nasaa’i di dalam Kitab as-Sunan al-Kubra di dalam kitab az-Ziinah)

Imam an-Nawawi berkata tentang hadis ini di dalam kitabnya Riyadhus Sholiheen, no. 795, dan juga di dalam al-majmuu’, 3/178 & 4/457: Hadis ini darjatnya sahih menepati syarat imam Muslim.

Pernyataan yang sama juga (tentang hadis tersebut) dari imam adz-Dzahabi di dalam al-kabaair, hal. 172, di dalam perbahasan al-Kabiiratul Tsaaniyah wa al-Khamsiin: Isbaal al-Izaar Ta’azzuzan wa Nahwahu.


Penjelasan


Syaikh Ahmad Syakir menjelaskan bahawa ianya boleh menjadi dalil yang kuat bahawa batalnya solat seseorang yang musbil (yang melakukan isbal) ketika mengerjakannya dengan perasaan sombong. (Rujuk: Tahqiq Syaikh Ahmad Syakir di dalam al-Muhalla, 4/102, karya Ibnu Hazm)

Ibn al-Qayyim menjelaskan berkenaan hadis ini, “Pengertian yang dapat diambil dari hadis ini (wallahu a’lam) bahawa memakai pakaian dengan isbal adalah maksiat. Dan setiap orang yang terjerumus di dalam perbuatan maksiat, maka dia akan diperintahkan untuk mengambil wudhu’ dan solat. Kerana sesungguhnya berwudhu’ itu dapat memadamkan api maksiat.” (at-Tahdziib ‘alaa Sunan Abi Daud, 4/150)

Isbal terjadi apabila pakaian yang dipakai oleh seseorang itu dilabuhkan dari atas ke bawah sehingga melebihi mata kaki (buku lali) si pemakai. Adapun pakaian seperti stokin, khuf, atau yang seumpamanya, maka ia tidak termasuk dalam kategori pakaian yang boleh mengakibatkan isbal.

Menurut Syaikh al-Islam ibnu Taimiyah, “Isbal boleh terjadi tanpa mengira pakaian sama ada dengan jubah, seluar, atau kain.” (Majmuu’ al-fataawaa, 22/133)

Hukum isbal secara umum adalah haram walaupun di sana ada beberapa perbahasan yang agak panjang. Namun, kesimpulannya adalah menjurus kepada haram berdasarkan sekian banyak hadis-hadis yang sahih mengenainya. Antaranya adalah,

1 - “Pakaian yang melebihi kedua mata kaki, maka pelakunya di dalam neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas. An-Nasaa’i di dalam kitab az-Ziinah)

2 - Dari ‘Amr bin asy-Syarid, beliau berkata, “Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat laki-laki yang menjulurkan pakaiannya sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas untuk mendekatinya (dengan berlari-lari anak) menuju laki-laki tersebut. Beliau pun menegurnya, “Angkatlah kain mu dan bertakwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”. Maka laki-laki itu pun berkata, “Aku seorang yang memiliki kaki bengkok dan kedua lutut ku saling tidak stabil ketika berjalan”. Ternyata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tetap menyatakan, “Angkatlah kain mu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah adalah baik”. Maka, setelah kejadian tersebut, tidaklah kelihatan laki-laki tersebut melainkan dengan kainnya sentiasa terangkat sehingga ke tengah-tengah betisnya atau di bawah sedikit.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/390. Juga dinyatakan Sahih oleh Syaikh al-Albani di dalam ash-Shahihah)

3 – “Berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan isbal, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4084. Turut Disahihkan oleh Syaikh al-albani di dalam ash-Shahihah, no. 770)

4 – Dari Ibnu Umar dia berkata, “Aku pernah melewati Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba kain ku melurut turut ke bawah dengan sendirinya sedikit demi sedikit tanpa sengaja. Maka, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata, “Wahai Abdullah, angkatlah kain mu?” Lalu aku pun segera mengangkatnya. Kemudian beliau bersabda lagi, “Tinggikan lagi!” Maka aku pun menaikkannya lagi. Dan setelah kejadian itu, aku pun sentiasa menjaga keadaan kain ku. Lalu, sebahagian orang ada bertanya, “Sampai di mana?” “Sehingga pertengahan betis”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 2086)

Telah banyak tersebar dan diketahui secara umum bahawa di sana begitu ramai sekali kaum lelaki yang gemar melabuhkan pakaiannya sehingga menyentuh tanah atau melabuhkannya dengan melepasi paras mata kaki (buku lali), namun berlaku sebaliknya pula kepada kaum wanita di mana mereka pula banyak berpakaian seakan-akan tidak cukup kain. Iaitu dengan mendedahkan aurat kepalanya (tidak bertudung), memakai pakaian ketat dan malah memendekkan kainnya atau seluarnya sehingga tersingkap betis-betis mereka.

Bukankah ini sudah menunjukkan suatu perkara yang terbalik sebagaimana yang dikehendaki oleh syari’at? Di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan agar kaum lelaki supaya tidak ber-isbal (tidak melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali), dan memerintahkan agar kaum wanitanya melabuhkan kain sehingga sejengkal melebihi buku lali.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya, “Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?” Baginda pun menyatakan: Kalau mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari tengah-tengah betis). Ia berkata, “Sesungguhnya jika seperti itu (hanya sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap”. Baginda menjelaskan, “Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari itu”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa’i, 8/209, no. 5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad, 2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani di dalam al-Mushannafnya 11/82. Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)

Di dalam suatu hadis, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, beliau menjelaskan, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita, begitu juga dengan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melaknat seorang lelaki yang mengenakan pakaian wanita, begitu juga dengan wanita yang mengenakan pakaian lelaki.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 4098)

Dari Khorosyah bin al-Hurr, dia berkata, “Aku melihat ‘Umar al-Khathtab, dan ketika itu ada seorang pemuda yang mengisbalkan pakaiannya sehingga menyentuh ke tanah. Maka beliau pun memanggilnya dan bertanya kepadanya, “Adakah engkau datang haid tadi?” Lelaki itu pun bertanya kembali kepada ‘Umar, “Wahai Amirul Mukminin, adakah lelaki juga datang haid?” Maka ‘Umar pun bertanya lagi, “Jika begitu, mengapa engkau melabuhkan pakaianmu sehingga ke tapak kakimu (yang menunjukkan perbuatan melabuhkan pakaian adalah khusus untuk wanita - penulis)?” Setelah itu, beliau meminta sebilah pisau dan kemudian beliau pun mengumpulkan hujung pakaian pemuda tadi (yang dilabuhkan) lalu memotong bahagian yang labuh melebihi mata kaki.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, 8/293 dengan sanad yang sahih)

Kesimpulannya

Budak zaman sekarang ada tak ciri ciri macam tu? Jangan tipu lah kalau tak pernah nampak. Dah mainstream sangat. Kesimpulannya hukum Isbal bagi lelaki adalah HARAM. Apalagi kalau kau pakai masa solat. Takut solat tak diterima Allah je. Kalau Allah tak terima solat maka neraka lah jawapannya.

Renung renungkan lah.

Saturday, July 28, 2012

Random

Assalamualaikum

Now dah hari kelapan kita berpuasa. Rasa macam dah sebulan gamaknya. Lulz 
Ntah tak tahu kenapa bulan puasa ni aku jadi malas nak baca buku apalagi buat homework. Rutin hidup aku bangun pagi, sahur lepastu tidur balik kejap *10 minute pun jadi then mandi, pergi sekolah, balik sekolah. Petang memang tak sah kalau tak tidur even short nap 30 minute. Lepas berbuka, lepak kejap tengok tibi ke apa ke lepastu pergi tarawih. Balik tarawih terus tidur sebab esok nak bangun sahur awal. Kononya tapi tak bangun awal jugak. Agak agak dah tinggal 10 minute nak subuh baru lah mata ni boleh terbuka sepet. 

Aku mengaku aku ni jenis yang sangat rajin. Rajin macam semut. Tengok lah, kasut aku. Bersih bukan? Say yes or i'll kill you! Muahahaha *evil laugh


Dah ah. Aku malas nak riak dengan kerajinan diri aku ni. Sekian Assalamualaikum. Hewhew

Wednesday, July 25, 2012

Shahir - Aku Yang Berdosa Lirik

Assalamualaikum,

Tadi aku cari dekat Google lirik lagu ni tapi semua tak lengkap. So aku cari dekat Youtube then jumpa. Dengan penuh semangat aku pun salin balik lirik lagu tu just for uolls, my readers.
Bulan puasa ni kita dekatkan lah diri dengan Allah, lagu ni salah satunya. Okay aku malas nak membebel banyak banyak. Here's le lyrics.

Sejauh mana langkah ku disana,
aku melupakan mu,
Seluas mana,
kau beri padaku,
masih ku angkuh padamu,


Segalanya dusta, 
gelap mengaburiku, 
Ya Allah apa yang bisa 
tebus kepadamu, 
atas dosaku,


Ya Allah hina terasa,
Biar ku bersujud,
Untuk ke syurga Mu,



Segalanya dusta, 
gelap mengaburiku, 
Ya Allah apa yang bisa 
tebus kepadamu, 
atas dosaku,



Ya Allah hina terasa,
Biar ku bersujud,
Untuk ke syurga Mu.





Monday, July 23, 2012

Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum,

Sorry sebab aku postpone post yang sepatutnya aku update petang Sabtu lepas. Balik tuition ingat nak pergi bazaar tapi tak jadi sebab jalan sangatlah jem. Jalan 50 meter macam 50 kilometer. Boleh bayangkan? So aku pergi petang semalam. Ingat nak update terus tapi eden busy. Busy bertarawih. Aku kan rajin :3 Hewhew

Here we go. Anda disarankan untuk standby towel sebab anda mungkin akan terliur dengan gambar dibawah. Biasalah dah petang kan? Aku saja je nak update petang. Haha

Fuhhh eden yang update blog ni pun dah terliur.

Kuih yang pelik pelik selalu muncul dalam bulan Ramadhan. 

Nampak menyelerakan bukan?

Air bermacam warna bermacam perisa bermacam macam. Eh

Okay ah. Tu je. Kalau letak gambar lagi korang ter-ambik air ter-minum kan susah eden. Tak pasal pasal tambah dosa free. Bye 


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum,

Lama jugak aku tinggalkan blog ni. Macam dah setahun. Okay nampak tak hiperbola disitu?
Today is the first day of Ramadhan. Excited nye iolls ni. Now baru pukul 12.55 but aku dah plan apa yang nak beli nanti dekat bazaar ramadhan. Muahahaha. Tapi bagus lah first day Ramadhan hari Sabtu, kalau hari sekolah? Tak tahu lah aku nak cakap apa.
Ehem, dalam bulan yang mulia ini kita seharusnya memperbanyakkan ibadah dan sedekah. Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda pada bulan Ramadhan ni daripada bulan bulan yang lain. Cewahh, ayat aku ada macam ustaz tak? Tapi apa yang aku cakap tu betul la. 
Tetiba teringat pasal SPM. Ada 107 hari je lagi. Lama bukan? Kalau tolak dengan tidur, makan, mandi, berak, berangan, tengok phone tinggal berapa hari je lagi. Ni pulak bulan puasa "lapar" selalu dijadikan alasan untuk malas nak study. Erghh.
Okay iolls nak pergi tuition. Petang nanti iolls post entry pasal makanan berbuka pulak. Biar uolls terliur esok. Haha jahat siot mulut aku ni. Okay bye. Semoga puasa uolls diterima oleh Allah. Aminn :)

Thursday, July 12, 2012

Poyo

Kononya dah deactive pesbuk dengan twitter boleh concentrate on my study like students at boarding school but hampeh! Selama aku deactivate pesbuk dengan twitter, aku hidup bercelaru. News paper kena beli setiap hari. Malam tidur awal dengan harapan akan bangun awal pagi nak study tapi bangun pukul 6 jugak. Like what i've told you, nafsu tidur aku lagi kuat daripada nafsu makan. So demi mengembalikan routine hidup aku yang normal aku pun terpaksa meng-activate kembali account account social network aku. Cehh macam banyak je account tapi lebih daripada satu tu kira banyak lah kannnnn?

sekian terima kasih

Hibernasi

Assalamualaikum

Tadi aku pergi sekolah macam biasa dengan harapan dapat belajar sampai balik. Biasa lah aku kan rajin. Cewah! Rajin tidur senanya. Seriously aku memang tak boleh nak lawan nafsu tidur. Macam kalau tidur tu dapat duit sepuloh juta. Hiperbola bukan? Okay kembali kepada cerita asal, lepas aku datang sekolah, aku pun memulakan operasi aku untuk mengacau member member ku yang sedang hibernasi di waktu pagi. Aku rasa bosan lalu aku pun ter-hibernasi bersama dengan mereka. Akhirnya, aku hanya belajar satu mata pelajaran yang sangat senang iaitu matematik tambahan. Sangatlah hampa perasaanku ini.

Bye

Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban (4 July 2012)



Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. (wikipedia)




Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Antara amalan-amalan yang digalakkan ialah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
  • Bertaubat

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.




Deactivate My Twitter And Facebook

Assalamualaikum,

Fewwwwww. Baca tajuk pun dah tahu apa entry kali ni. Yeah, aku dah deactive acc muka buku dan burung ku. Eh. Twitter i mean. Kenapa? Sudah tentulah sebab eSPieM. Lulz. Gua takut betul lah. Result PPT gua dah la teruk gila nak meninggal. Kalau gua terus nak tweet, usha gambar orang dekat muka buku yang macam pelakon hantu pontianak mati anak, habis lah gua. Trial lagi sebulan. Lama lagi tu. (No sarcasm) eSPieM lagi 3 bulan. Pehh lama gilaaaaaaaaaaa. Pejam celik pejam celik still tak sampai lagi. Tak caya cuba try pejam celik pejam celik. Gua tak tipu, memang lama gila. At least kalau gua deactive muka buku dengan twitter gua, gua boleh lah concentrate on my study. Kononnya tapi still usha blog blog perempuan cun cun macam Fatin Liyana, Amirah Filzah, Sarahqiza,........... actually kalau nak tulis semua memang tak cukup satu entry. Takdapat usha orang, usha blog pun jadi lah. Hewhew. Pasni dah takda twitter and fb memang gua update blog setiap minggu atau mungkin setiap hari. Haha.

Bye bye bye bye Twitter. I'll back soon.

Muka buku. I won't back ahahahha 

Nampaknya sampai disini sajalah entry gua. Gua nak mandi, solat, makan makan makan dan jogging. Haaa gua sekarang memang banyak makan macam Giant tapi gua still maintain slim. Nak tahu rahsia? Tunggu episode seterusnya.............

P/S: Tolong doakan aku sihat. Peace Yo (Y)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...