Friday, December 28, 2012

Trip To Terengganu

Assalamualaikum and hi

Trip ni awal bulan masa tu gua pergi masa pesta konvo haritu. Lama gua tak pergi Terengganu. Banyak perubahan woks tapi stadium runtuh tetap macam tu. Tadak perubahan langsung. Cuba lah baiki ke apa ke, ni memasing lepas tangan. Dulu kemain bangga sangat dgn stadium tu. Okay lah, entry ni bukan gua nak cerita pasal stadium je. Banyak lagi.

Banyak tempat menarik senanya dekat Terengganu ni. Ni pun gua baru pergi 1/3 daripada tempat tempat menarik tu. Antaranya Masjid Kristal, Masjid Terapung, Heritage pebende entah yg dekat tgh laut tu, pasar payang, dan sebagainya. Sila visit Visit Terengganu for more info. Cehh promote. Hahaha

ni nama dia pasar payang. kang anak tanya pasar payang yang mana satu jgn cakap tak tahu pulak. malu je nanti.
 p/s: pasar payang the left one. yg ada banyak motor. depan dia tu lah pasar payang.

Haa ni satu lagi tempat menarik dekat Gong Badak, Terengganu. Dia jual semua jenis seafood goreng tepung. dari ikan sampai lah ke udang semua goreng tepung. Gua lupa apa nama gerai dia. Dia buka dari petang sampai malam. Tapi gua rasa gerai dia memang famous dekat gong badak ni. Setiap hari mesti penuh. 


ni biasa lah korang tengok kan? Masjid Kristal. Bak kata budak-budak twitter "Dah mainstream sangat" 

Ni funfair yang ada masa pesta konvo dekat UDM. Benda ni ada setahun sekali ke tahu.

Ni ler konvo yang gua cakap tadi. UDM konvokesyen. Dia buat dekat Stadium tertutup depan stadium runtuh. Apa entah nama stadium dia. Sila google.

Siapa belajar sejarah dia tahu lah batu ni batu apa. Batu bukan sebarang batu. 


Haa syok kan? Sebenarnya banyak lagi gambar. Tunggu part 2 pulak eh. Okay bye assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...