Saturday, December 29, 2012

Ceramah KPP

Assalamualaikum and hi

Alhamdulillah, selesai ceramah kpp gua harini. Memang seronok betei dengar penceramah tu cerita pasal masalah pembuangan bayi. Eh apa kena mengena? Pelik bukan. Bukan je, banyak lagi benda yg merepek yg penceramah tu merepek macam kerepek. Okay secara jujur nya gua bosan gila nak arwah dengar ceramah yang bagi gua, gua tak perlu pun dengar. ((ayat poyo sikit)) Nasib baik dia balik awal sikit. Start ceramah pukul 9 setengah then habis pukul 1 setengah, tolak rehat setangah jam. So overall 3 jam setangah je ceramah. Syukur. Kalau tak habis pukul 2 setengah. Memang muntah pelangi la gua kalau ceramah tu bebetul habis pukul 2 setengah.

Lepas ceramah tamat, gua pun balik rumah dan berhibernasi.

Malam tu gua ada pergi kenduri berkhatan rumah kawan ayah gua dekat Sijangkang. Bila gua sampai serious gua terkejut siaa, majlis berkhatan dah macam majlis kenduri kahwin anak tunggal. Gua dulu tak buat pun kenduri berkhatan ni but ada la orang yang datang ziarah gua. Antaranya sedara mara dgn jiran sebelah rumah. Dapat lah duit sikit dalam seribu dua. Heh poyo sikit.



Sorry makanan dah habis. Gua lapar sangat tadi sampai terlupa nak ambik gambar. Tapi gambar ni okay what? Tissue. haha


Okay, gua penat. Hari pun sudah malam dong. Gua keluar dulu. Bye Assalamualaikum. *tutup tirai*


Markah Koko SPM 2012

Assalamualaikum and hi

Semalam masa gua berangan, tetiba phone gua berbunyi *ting* gua check rupanya ada mention masuk. Kawan gua bagi link untuk check markah koko. Gua pun dengan excited nye pun aduhai masukkan ic number gua. Sekali gua check, terperanjat beruk gua. Markah koko gua 6 point something. Kepala bana dia, gua ni dah la aktif nak arwah dekat sekolah dapat tu je. Gua punya lah hangin, gua pun check makwe gua punya markah. Gua bertambah hangin lah bila dia punya markah lagi tinggi daripada gua. Dia takde lah tak aktif sangat kot. Gua cuba untuk relax. Gua check pulak kawan gua. Hangin gua bertambah dgn mendadak bila mostly kawan gua dapat above 7. "Shit!" perkataan taik tetibe keluar dari mulut gua.

Kalau korang nak check boleh pergi sini. Tapi ni untuk batch 95's.

Okay lah gua nak bersiap. Gua nak pergi kursus lesen 6 jam. kematu lah bontot gua dekat situ. Ayam betei. okay bye

Friday, December 28, 2012

Trip To Terengganu

Assalamualaikum and hi

Trip ni awal bulan masa tu gua pergi masa pesta konvo haritu. Lama gua tak pergi Terengganu. Banyak perubahan woks tapi stadium runtuh tetap macam tu. Tadak perubahan langsung. Cuba lah baiki ke apa ke, ni memasing lepas tangan. Dulu kemain bangga sangat dgn stadium tu. Okay lah, entry ni bukan gua nak cerita pasal stadium je. Banyak lagi.

Banyak tempat menarik senanya dekat Terengganu ni. Ni pun gua baru pergi 1/3 daripada tempat tempat menarik tu. Antaranya Masjid Kristal, Masjid Terapung, Heritage pebende entah yg dekat tgh laut tu, pasar payang, dan sebagainya. Sila visit Visit Terengganu for more info. Cehh promote. Hahaha

ni nama dia pasar payang. kang anak tanya pasar payang yang mana satu jgn cakap tak tahu pulak. malu je nanti.
 p/s: pasar payang the left one. yg ada banyak motor. depan dia tu lah pasar payang.

Haa ni satu lagi tempat menarik dekat Gong Badak, Terengganu. Dia jual semua jenis seafood goreng tepung. dari ikan sampai lah ke udang semua goreng tepung. Gua lupa apa nama gerai dia. Dia buka dari petang sampai malam. Tapi gua rasa gerai dia memang famous dekat gong badak ni. Setiap hari mesti penuh. 


ni biasa lah korang tengok kan? Masjid Kristal. Bak kata budak-budak twitter "Dah mainstream sangat" 

Ni funfair yang ada masa pesta konvo dekat UDM. Benda ni ada setahun sekali ke tahu.

Ni ler konvo yang gua cakap tadi. UDM konvokesyen. Dia buat dekat Stadium tertutup depan stadium runtuh. Apa entah nama stadium dia. Sila google.

Siapa belajar sejarah dia tahu lah batu ni batu apa. Batu bukan sebarang batu. 


Haa syok kan? Sebenarnya banyak lagi gambar. Tunggu part 2 pulak eh. Okay bye assalamualaikum

Thursday, December 27, 2012

Kenduri 7 Malam. Puas Beb!

Assalamualaikum and hi

Alhamdulillah, selesai dah kenduri tahlil arwah moyang gua. Tujuh hari tujuh malam tu tu woks. Tujuh malam je senanya. Hiperbola lebih gua ni. Hahaha. Alhamdulillah, gua pergi 4 malam je. Lagi 3 malam gua ter-beradu dengan tidak sengaja. Tadi lah yang paling meriah, orang sampai ada yang makan berdiri. Tak cukup kerusi punya pasal. Gua pun terpaksa makan cangkung. Tapi disebabkan makanan yg dia hidangkan makanan peberet gua, gua peduli apa.

Macam biasa lah, bila kaum hawa bertemu jiwa memang takkan terpisah dgn gossip yg entah apa apa. Kami buddyz gituww. Lol wtf. Gua terpaksa ikut dengar dorang gossiping. Perempuan oh perempuan.

Okay lah gua blah dulu. Masa beradu gua dah lewat sejam. Kena ganti esok pagi ni. Assalamualaikum.

27 Dec : Birthday, Azam Baru

Assalamualaikum and hi

Sekarang 27 December 2012, walaowehhhh lagi 4 hari je tinggal untuk tahun 2012 ni. Rasa macam baru semalam masuk kelas tingkatan 5. Time flies so fast. Biasa lah tu, dunia dah nak kiamat. Gua ada baca antara tanda tanda kecil kiamat, sehari rasa macam sejam, seminggu rasa macam sehari, sebulan rasa macam seminggu, setahun rasa macam sebulan *lebih kurang macam tu lah ayat dia.

Selain tu, gua nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada cousin gua, wawa. Eh macam rhyme pulak. Hahaha. Semoga panjang umur murah rezeki. 

Birthday girl yang sebelah kanan sekali. Gua jangan tanya lah yg mana satu. Mestilah yg tgh naik arnab.


Okay since new year dah dekat, boleh lah mula dari sekarang dah boleh cari azam baru. Azam yang korang nak capai. Azam lama tu boleh pergi jahanam. Cari azam yang boleh mendatangkan faedah. Contohnya, ni azam gua, gua nak pergi masjid setiap waktu. Cehhh, haha Insyaa Allah gua akan buat. 

Now dah pukul 2.30. Gua tengah tunggu battery phone gua ni penuh lepastu gua nak pergi memancing. Pakai smartphone ni memang menguji kesabaran betei. Battery drain cepat nak arwah. Memang kena make sure penuh if nak keluar rumah. Okay cerita pasal mancing, gua sebenarnya dah lama tak memancing ni. Memancing awek pun dah lama tak buat. hahaha gurau je. 

Gua rasa gua last memancing masa gua for 3 kot. Masa tu gua pergi dgn ayah gua. Masa tu boleh dikatakan kalau gua singgah port je mesti dapat habuan. Tak sia sia. *bangga jap sambil ketawa sopan*. Jap lagi nak try power lagi tak skill gua memancing ni. Hahaha. Banyak dah gua dengar orang cakap memancing ni membazir masa lah membazir duit lah apa lah tp gua rasa memancing ni banyak pekdah nya. Antaranya gua dapat release tension, dapat belajar bersabar, dapat pengalaman dan macam macam lagi lah.  

Okay lah, jam pun dah nak pukul 3. Gua nak bersiap dulu. Assalamualaikum.







Wednesday, December 26, 2012

Onani? Kebaikan atau keburukan? (18SX)

Gua tau kalau gua post tajuk ni mesti ramai je click. Memang lumrah manusia suka mengambil tahu.

Onani atau dalam bahasa melayu 'Masturbation' ((cehh cliche)) atau dalam perkataan yg lagi famous melancap ni sebenarnya elok ke tak elok? Sebenarnya dua dua ada, kebaikan dan keburukan. Gua cerita pasal kebaikan dia dulu. Baru korang rasa macam 'whoaaaaaa'

1. Onani adalah perkara biasa yang dialami oleh hampir kesemua lelaki.

2. Onani juga boleh menjadi ubat kepada insomnia. Wahh gempak bukan?

3. Dengan onani juga kita dapat merasai kenikmatan seksual tanpa melakukan persetubuhan.

4. Masturbasi ini juga selamat dari penyakit HIV.

Okay now gua nak cerita pasal keburukan onani ni



1. Boleh mempercepatkan pancutan pra matang. Nanti isteri baru nak enjoy kau dah penat. Kan sedih.

2. Boleh mengeringkan sperma yang ada dalam testis. Cuba bayangkan kau tiap hari melancap lepastu satu hari keluar angin je macam kentut. Tak ke malu nanti dengan isteri. lol

3.  Zakar akan menjadi lemah macam jelly. Lol macam jelly tu saja gua tambah.

4. Haram disisi Islam. Gua pernah dengar orang yang melakukan onani ni Allah takkan terima amalan dia selama 40 hari melainkan dia bertaubat dengan taubat nasuha. Nauzubillah.

5. Si peng-onani mudah merasa letih. Nanti baru angkat barang sikit dah letih. Acane? kan susah.

6. Onani juga akan merosakkan organ2 yg penting dalam badan seperti otak, perut, hati dan jantung. Wahh, complete set.
4 in 1.

onani juga cenderung kepada sakit mental


Dan banyak lagi sebenarnya keburukan dia. Gua tulis pepanjang kang nanti kau bukan baca. So, gua cadangkan korang tu yang gatal tangan tu stop lah buat benda tak berpekdah ni. Membazir je. Baik pi derma dekat sperm bank. Lol no gurau je. Dosa kot derma derma sperm. Simpan jelah untuk isteri nanti.  Kalau nak tahu cara-cara nak stop melancap click sini.

Wordless Wednesday (Last Wednesday of 2012)

Harini gua bangun tidur, check jam dah pukul 6.30 then gua tunaikan kewajipan gua lepastu gua ingat nak sambung balik tidur. Tetibe gua teringat gua nak pergi daftar lesen harini. Fuhh, mood tetiba bertukar gembira dengan drastik sekali sebab gua dah besar! Boleh ambik lesen dah. Sounds cliche.. Hahaha.

Lepastu gua pun bersiap then baring kejap sementara tunggu pukul 8 pagi. Tetibe kan......((saspens sikit)).......gua baru ingat yg gua lupa nak minta duit dekat ayah gua!! Gua rasa macam nak *tutttt* *tutttt* *tuttt*.  Sampai sekarang gua rasa macam gua dah buang masa seminggu untuk ambik lesen. Kaf lam ya nga betei la. 

Gua rasa gua nak ambik lesen layang la. Eh layang ke? ke lesen bayar? Ah whatever lah nye pun aduhai. Diorang cakap kalau ambik lesen ni pun boleh cepat sikit dapat lesen nya pun. Kalau ambik normal ikut procedure memang lepas ambik result SPM pun tak siap lagi lesen gua nya pun. Acane nak jenjalan nanti nya pun kalau takde lesen pun? Nak melencong pun nanti senang eh melancong lah aduhai. Tapi bila gua fikir balik ha, macam berdosa je ambik lesen layang ni kan nye. Ye lah pun, itu pun dikira anggap macam nye rasuah lah jugak kan aduhai? Takpa nye, gua akan cuba kuatkan iman utk tak cuba try test ((typical malaysian)) ambik lesen layang tu pun. Hahaha pening baca? 

Matahari terbenam dekat pantai morib.

Bila post pasal gambar sunset ni tetibe gua teringat masa dulu gua selalu jugak post gambar photography yang gua ambik dari guna compact camera, camcoder sampai lah semi-pro camera. InsyaaAllah nanti gua cuba untuk try post gambar yang gua ambik. Gua ni bukannya pro tapi kalau setakat nak ambik gambar rama rama tu boleh la. Hahahaha. Okay gua nak tgk berita jap. Assalamualaikum.




Tuesday, December 25, 2012

Al Fatihah Hajah Tugirah

Gua rasa gua tak terlewat lagi untuk post article ni even moyang gua dah 4 hari meninggal. Dia meninggal masa hari jumaat pukul 9.40 pagi. Gua ada dengar orang cakap orang yg meninggal hari jumaat ni dia terlepas dari siksa kubur. Moyang gua ni pun dah tua sangat. Umur dia dah 90 something. The accurate age cannot be identify. So biarlah dia berehat dialam sana dengan tenang.

Moyang gua ni pun masa hayat dia, dia ni seorang yang pemurah. Kalau anak cucu dia bagi duit dia tak pegang duit tu, dia terus bagi dekat sesapa yg dia nak. Dia ni jenis yg tak suka pegang duit. Tu lah sifat dia yang gua respect sampai akhir hayat dia. Even gua pun takleh buat gitu. Kalau gua, dapat duit terus masuk kocek pastu cepat cepat pergi bank, cash deposit terus dekat account gua. Huhuhuhu *gelak sinis*

Eh jap. Gua rasa gua ada gambar dia. Jap jap jap gua cari.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alaa takde lah. Gua rasa gua dah delete. Maybe dalam computer usang gua yang dah lama tu ada kot. Okay lah gua blah dulu. Mak gua dah nagging sebab kunci kereta hilang. Bye assalamualaikum.

Wednesday, December 5, 2012

Pesta Konvo

Lepas habis espiyem ni busy kemain mengalahkan perdana menteri. lepas habis espiyem je terus balik kampung dan bertapa dekat sana seminggu. memang seronok tak terkata lah. terkena pulak masa musim durian, perhhh memang terbaik ah. nak cakap buah durian tu, bersepah dekat rumah atok aku. main campak campak je. heaven gila bagi hantu durian tapi nasib baik aku bukan hantu durian. kurang ah sikit heaven dia tu. okay lepastu aku nak cerita aku pergi konvo yang superb best. Satu dekat unisza and one more dekat uitm. Keseronokan dia macam seronok sangat je. Haha faham tak ayat aku ni?
durianssszzz. muak do aku tengok.

pakcik gua yang konvo dekat unisza terengganu



auditorium dia kemain besaq weh.  

disebabkan aku jadi jurugambar tak berbayar, dorang bagi mandat 
dekat aku untuk masuk dalam auditorium.

lautan manusia dekat luar auditorium 

find me...

congratulation! you've received your degree.


and this is the another convo which was held at uitm






le me lulz









So itu jelah gambo yang ado. i have to go. busy memanjang padel ni. bye



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...